Tuesday, June 30, 2009

Tamat sudah bulan Jun 2009. Bulan penuh perubahan dan kejutan-kejutan.. dari segi kerja... dan dari segi pengurusan masa.. dari segi kewangan.. dari segi hiburan.. dari segi penyetanan dan dari segi keberkesanan persahabatan..

PERSAHABATAN

Berlaku jugak la benda-benda yang tak terduga akibat perkara-perkara yang dikatakan sebagai luar kawalan. OK. Luar kawalan. Lepas beberapa minggu, aku dapat terima la hakikat luar kawalan. Tetapi untuk mendidik, kita tak sepatutnya membiarkan sesuatu luar kawalan itu terus tidak dapat dikawal.

Sebagai manusia, kita semua mempunyai keistimewaan sebagai makhluk yang tinggi tahap kawalan berbanding makhluk-makhluk lain yang kata Charles Darwin, terevolusi dari mikroorganisma halus. Mungkin sebab 'halus' itulah hati manusia kekal halus. Jadi, dari sifat halusnya hati manusia itu, ia cenderung untuk bermanja.

Baik. Bermanja-manjalah asalkan tidak mendatangkan 'kerengsaan' ringan atas pihak lain. Tetapi, adakah kita mahukan 'kerengsaan' ringan tersebut menjadi kurap dan kudis buta? Tidak bukan? Jadi ubatnya adalah ekspresi dengan cara berkesan. Malangnya, ekspresi peribadi tidak mampu lagi untuk kekal antara dua manusia di zaman internet ini. Segalanya akan mudah tersebar.

Sangat malang berada dalam keadaan terjebak dalam 'pecah amanah' tersebut. Hukuman pecah amanah ialah mahkamah. Tetapi dalam hal ini, tiada juri yang layak untuk menilai dan tiada hakim yang layak untuk memutuskan konklusinya.

KERJA

Gaduh mulut, konfrontasi, tarik muka, senyum paksa sentiasa disulami dengan sembang mesra, perbincangan berkesan, gelak tawa, senyum lebar. Dengan demikian, pembaharuan demi pembaharuan dapat dibuat demi penambahbaikan yang sempurna.

Dalam kata lain, idea tak boleh disampaikan dengan sekadar berkata-kata. Ia mesti disampaikan melalui kaedah emosi yang mana menjadi sebahagian perang saraf yang berkesan dalam memastikan hasil kerja yang baik.

Nasib baik lah dalam perkhidmatan awam. Kalau dalam perkhidmatan swasta, kaedah ni adalah kaedah menempah maut.

KELUARGA

Dalam bulan Mei, aku tak dapat balik kampung. Tapi dalam bulan Jun, dapatlah aku balik menemui mak yang tetap tak impressed pun dengan kepulangan aku. Aku suka ngan attitude mak aku sebab dia tak banyak mendesak anaknya balik.

Mungkin dia dah terbiasa ngan anak-anak yang banyak kerja kat KL dan memang setahun 2 kali je nampak muka. Aku balik kampung sebulan sekali pun dah cukup kerap dah. Kalau mak aku call aku, tandanya, ada la surat-surat penting yang sampai ke rumah. Cuma mak aku heran je la kan sebab aku dah ramping sikit ( tetap ).

ADIK-BERADIK

(tidak berkaitan..boleh?)

UNJURAN JULAI 2009

Que sera-sera, whatever will be, will be, the future is not ours to see..
Hahaha..

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online