Sunday, June 28, 2009

Hah..ni satu lagi kejadian yang berlaku untuk diskripkan buat tatapan anda para pembaca sekelian. Kejadian berlaku di Bandar Sri Permaisuri awal pagi Ahad 28.5.09.

Memandangkan road tax kereta yang belum renew tu mengancam perjalanan, aku pun mengambil jalan biasa aku untuk ke Sri Permaisuri. Jam menunjukkan 3.30 pagi.

Macam biasa, laluan aku, Jalan P Ramlee - Jalan Raja Chulan - Jalan Cheng Lock - Jalan Tun Sambantahan - Lebuhraya Mahameru - Lebuhraya KL ke Seremban - Lebuhraya PJ ke Kajang - Tol 50 sen - dan masuk ke Sri Permaisuri.

Ok.. segalanya settle. Aku pun dengan jayanya melintasi Apartmen Lestari hingga bertemu sebuah simpang yang mana aku telah buat pilihan yang salah.

Selalunya aku terus. Tapi kali ni, aku gatal pi belok kiri. Nalla punya roadblock kiri kanan. Polis pekan. Bukan polis trafik. Tempatnya gelap. Tak ada streetlight. Aramakkk!! Aku cepat-cepat off CD lagu rave yang bingit tu ke Mix.FM, turunkan cermin, pandang tepat ke muka polis yang terpacak belah kanan, bagi salam. Polis tu pun bagi isyarat supaya jalan.

Tapi, elok je aku nak tekan minyak, cermin kiri aku kena ketuk dengan lampu suluh la pulak. Aku yang memang bersedia dengan sebarang kemungkinan, terus ke tepi, keluar dari kereta lepas dengar ayat ni " Hiyhhhh! Bak sini lesen dengan IC!" dari luar. Alamak pegawai dia sudah marah.

-LAKONAN SEMULA-

Seorang lelaki berdiri dihadapan keretanya dengan lampu masing terpasang dan enjin masih hidup sementara seorang polis berpangkat atasan sedang mengambil buku saman dari rakan setugasnya.

LELAKI : Tolong la encik. Ala.. menyesal lalu sini.
POLIS : Kenapa tak renew road tax?
LELAKI : Er.. er.. hutang bank encik.. (sambil terfikir, logik jugak alasan tu)
POLIS : Berapa bulan tak bayar? (sambil suluh pas yang tergantung dalam kereta )
LELAKI : Err.. 3 bulan. Tolong la encik. Tak lalu roper ni..( terkeluar bahasa Perak )
POLIS : Aper idak nyer.. (Laa.. Perak jugak!)
LELAKI : Dah ada saman dah satu.
POLIS : Bak sini

Lelaki tersebut meluru ke kereta membuka dashboard dan mengambil surat saman.

POLIS : Hmm.. Trafik Putrajaya.
LELAKI : Yer.. saya kerja sana..
POLIS : Kat mana?
LELAKI : Kementerian Kesihatan. Tolong la encik. Takde duit ni.
POLIS : Ala.. 2 saman baru 600.
LELAKI : Ih.. tak mampu la. Ni pun nak buat loan lagi. Nak bayor keter. Buat roadtax.. saman..
POLIS : Kamu dah kahwin belum?
LELAKI : Belum..
POLIS : Kamu kuat enjoy ni..
LELAKI : Mana ada.. encik.. tolong la.. ni pun ngantor orang..
POLIS : Taman Perpaduan? Jalan Perpaduan? (sambil belek IC dan lesen )
LELAKI : Yer encik...
POLIS : Dekat belah mana?
LELAKI : Dekat ngan surau..
POLIS : O.. yang ada padang berpagorr tu?
LELAKI : Yes.. betul.. betul..
POLIS : Hihh.. (sambil tengok kiri kanan) Nah.. (sambil hulur IC dan lesen)
LELAKI : Terima kasih encik.. kalau saya ada.. saya sanggup sedekah.. saya pun tak berapa nak ada ni..
POLIS : Tak usah.. tak nak.. nasib baik orang kampung teman..

Lelaki tersebut yang terkejut terus senyum sengih kerang busuk sambil lekas-lekas beredar dan mempunyai sedikit rasa seronok kerana berjaya mengawal situasi, melakonkan watak dengan berkesan dan mengawal diri walaupun dalam mood "jumping with the squirrel"..

-BABAK TAMAT-


Begitulah alkisahnya malam minggu lepas di mana semangat kenegerian adakalanya menyelamatkan keadaan. Tetapi adakah itu semata-mata? Mungkin semangat penjawat awam. Adakah itu semata-mata? Tidak! Mungkin kerana muka kesian yang dipertontonkan melampaui calon terbaik untuk ANAK WAYANG mahupun PILIH KASIH. I dont need the limelight! Cukup sekadar lakonan untuk terus hidup. Hahaha.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online