Friday, June 19, 2009

Semalam aku tak log-in Facebook. Aku nak menyendiri katanya. Sendiri la kau jang. Beruk kat zoo pun berkawan. Bukan camtu omak eh. Sebenarnya rasa malas sebab kalau hadap Facebook tu, asik nak meluah je rasa emo yang didramakan. Nobody posting 'what's in your mind' thingy without hoping to be commented kan. So, jatuhlah hukumnya sebagai 'attention seeker' gituh. Haha.

Tapi okei gak la. Takde pulak meleleh air hidung ke.. ketar rusuk dan lutut ke.. tarik-tarik sawan ke.. bila aku tak log in Facebook. Pendek kata ketagihan Facebook aku tu belum mencapai tahap kronik lagik.

Sampai rumah, si Mae tengah karaoke. Aku pun join. Pastu aku ajak Mae lepak Bukit Permai tengok sunset. Aku pun siap-siap nak mandi. Sebaik je aku masuk bilik air, tiba-tiba hati aku berubah. Niat aku tetiba jadi camni:

Ini hari, hari Khamis. Kejap lagi Maghrib, consider hari Jumaat. Kenapa tak aku mandi, sembahyang, baca yaasin. Dah lama aku tak buat macamtu. Apa salahnya.

Mae sedikit kecewa bila tengok aku tiba-tiba berbaju melayu berkain pelikat. Tapi dia supportive. OK la. Nak mampos tak support orang nak sembahyang kan. Dah lama tak sembahyang woi!

Aku sempat solah Asar sebelum solat Maghrib diteruskan dengan baca yaasin, kemudian start baca Quran juz 1 sepanjang satu ain, kemudian solat Isyak. Tenang yang amat. Aku kemudian terlena.

Aku terjaga jam 3.45 pagi dan automatik gi ambil air sembahyang pastusembahyang sunat 2 rakaat. Kemudian, aku sempat berdoa untuk diri aku, untuk ibu bapak aku, untuk kawan-kawan aku, untuk dunia dan untuk peroleh ketenangan jiwa. Pastu aku terus gi kerja.

Sampai je opis, terus aku login Facebook yang aku tinggalkan kelmarin. Kemudian otakku berfikir..... DJ Adam spin house malam ni kat Oblique. Masuk free sebelum jam 12. Yaa. Aku mau ke sanaaaa!!!! Tapi kali ini ada limit ya!

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online