Tuesday, May 26, 2009

Nagadipa atau Naka-diva adalah nama purba bagi semenanjung Jaffna. Ia tertulis dalan transkrip Pali berkait lawatan kedua Buddha ke Sri Lanka 600 tahun sebelum Masehi. Dikatakan Buddha mententeramkan perbalahan raja Naga merebut kuasa. Inilah kononnya apa yang dilihat sejarawan Tamil tentang kerajaan tua mereka yang hakikatnya adalah pergaduhan dua ekor jin.

Dalam Mahavamsa, atau Pali purba, akar kesusasteraan Sanskrit dan Tamil dua Naga ini tidak pernah disifatkan sebagai manusia tetapi dalam bentuk supernatural yang menguasai bawah laut yang boleh menyerupai apa-apa. (Jika mengikut akidah Islam, sudah tentu ianya dari bangsa jin)

Jika wujud Kerajaan Tamil yang jika tidak gah pun, sekadar sebuah negara merdeka di sekitar semenanjung Jaffna, sekurang-kurangnya beberapa inskripsi Tamil dari raja-raja yang memerintah sudah tentu ditemui tetapi tidak satu pun yang ditemui kecuali inskripsi Tamil yang ditemui tetapi ditulis oleh raja keturunan Sinhala, Parakramabahu (1153-1186).

Beberapa lagi inkripsi milik raja-raja Sinhala banyak ditemui di daerah Jaffna seperti inskripsi Sanskrit Tiriyaya milik Aggabodhi VI (733-772), rukun Tiruketisvaram milik Sena II(853-887), rukun Mannar Kacceri milik Kassapa IV (898-914), batu bersurat abad kesepuluh milik Abhasalamevan, batu bersurat milik Vijayabahu (1055-1110) dan takhta batu bersurat milik Nissankamalla (1187-1196).

Penempatan Sinhala di Jaffna wujud melalui bukti sejarah sejak awal pemerintahan raja-raja Sinhala sehingga selepas tamatnya pemerintahan Nayakkar yang memerintah kerajaan Kandy, warisnya terus memerintah Kandy yang mana Jaffana telah lama terletak dibawah pemerintahannya.

Sunday, May 24, 2009

I was stongly disturbed by the attitude of Tamil leaders in this country, namely Samy Vellu, that wants the government to reject Sri Lanka resolution to the UN in defending their rights on recent elimination of LTTE terrorist.

Besides, I also disturbed to find out that so many temple in Malaysia with their Tamil Hindus are die hard simpathyzer on LTTE brutal crime.

Let me show you what have LTTE did to Muslims in Sri Lanka in 1990 :




They cut the electricity to a town, and act like Muslim in disguise, and call their comrades to attack, kill and butchered 147 Muslim that about to perform Isya' prayer at two mosque simultaneously.

Why on earth, Tamil people in Malaysia never rejects the beasty act by these LTTE and obviously showing their supports? Didn't these people urging Muslims to condemn Al Qaeda to prove that Islam rejects terrorism.

And by now, I finally knew how Tamil Hindu people in Malaysia way of thinking. Mostly hypocrite. I'm not being racist. But some people can't stop to show to the world that they are not a wise people.

Click to read more on LTTE brutality towards Muslim civilian in Sri Lanka

Friday, May 22, 2009

This is a symbolic ritual with real practise in soughting divine bless. But did they did a right thing? This was a 'talkin' , a ritual before the dead being buried, on UMNO, to tell the people that UMNO is dead.

Okay, be it dead or burnt evenly with the ground. But is this the best way to show the world what Islam is about? It show us that it is Islam that very agresive in ensuring the fragility of brotherhood and relativity between the followers.

Was Islam is this peculiar? No. The PAS follower indeed is a rare species of human being.

We will have at the and of the day, a society that saying their idoltry religion is better when there is no this type of hatred mixing up among the followers especially of the politic basis.

Yes, you may get involve in politics. But who are you to justify what you did is blessed while what done by others are not. This is how they dragged Islam into politics.

While others, be Buddhist or Hindu, keep the politics off the altar, certain Muslim in this country justifying Islam into their jungle rivalry mindset.

PAS is totally a big time cult in modern Malaysia history. To sadden it more, they have the jungle folk to fight with them in the name of Islam and recreate a new assumption towards the religion itself by the mass.

Wednesday, May 20, 2009

Kelmarin, hari Isnin, aku balik awal. Sampai rumah 6.15 petang. Aku pun terus online MiRC. Pastu aku kenal sama sorang tu. Indah orangnya. Dia dok kat Presint 9. Dia kata dia nak gi KL jap. So dia ajak jumpa.

Aku pun pergi la ambik dia kat KL Sentral, bawak pergi Bt. Bintang. Sebab dia nak jumpa housemate dia kat Bt. Bintang kendian dorang nak balik sekali.

Kebetulan aku parking depan Pizza Hut, aku pun malas nak ke fast food mana-mana. Aku ajak je dia sembang jap kat Ara Lounge. Kedai Kak Ara tu. Aku macam biasa order air tin je. Dia order Teh O Ais Laici.

Tapi, bila dia tengok aku minum terus dari tin, dia berasa geli geleman nak minum air yang dipesan. Dia kata, dia takkan nak lepak lorong camni, order air kat gerai camni. Wah. Lalu Tuhan memberi bayaran cash untuknya.

" Eh! Calvin Thoo ! " ujarnya sambil melihat seorang lelaki Cina kurus kering berjalan menuju ke Ara Lounge. "Sapa tu?" tanya aku yang memang tak tahu sesetengah figura-figura tempatan.

"Hei. Designer la. Famous dia.." jawabnya lagi sambil terlopong melihat budak Cina itu duduk selamba dan melangut ke TV Kak Ara. Dalam hati aku, " Hah. Baru hang tau."

"Tapi dia tu classy lah. Takkan dia lepak sini?" ujarnya lagi dalam nada pelik. " Apa nak pelik. Kedai ni mandrem kuat menarik PLU. Classy macammanapun, pernah tak pernah, hirup jugak air kedai ni." jawab aku selamba.

Tetapi, perlepakan kami tak lama. Pondan tak betul yang selalu kendong buku cakap sorang-sorang tiba-tiba duduk meja sebelah. Haruman jalanan yang melekat pada badannya memaksa kami beredar.

Ketika membayar pada akak Indon waiter Ara Lounge, aka Indon tu berkata. " Eh.. Sayang air ni. Minumlah. Sikit je... tak baik membazir ". Lalu dia pun dengan serba salah menyedut sekelumit air Teh O Ais Laici itu. Ha. Kan aku dah kata. Classy macammanapun PLU tu, pernah jugak hirup air Ara Lounge. LOL.

Kemudian, aku pun balik dengan senyum simpul. Betapa sesetengah perkara, Tuhan bayar cash on delivery. Berhati-hatilah bila nak deliver kata-kata. Kannnnnnnn.

Sunday, May 17, 2009

Pada kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari jadi ke 40 kat abang aku paling tua selepas dua kakak aku. Abang aku ni dok kat Puncak Jalil. Ofis dia kat Pandan Indah. Tapi aku haram menjenguk dia sekeluarga sebab memang aku malas nak menjenguk adik beradik yang malas menjenguk aku. Bley. Berlagak antara siblings. Oh. Its normal.

Tapi aku tak la gaduh atau apa-apa. Cuma distance myself je la dari digelar parasit. Kan. masing-masing dah kerja. Aku plak dah 31. Tak kawen-kawen lagi. Aku kawen umor 35 bleh? Lepas setahun aku kenal gadis itu. Yo yo orr je.

Beliau dilahirkan di Pengkalan Chepa, Kelantan pada 17 Mei 1969. Oleh kerana ibu beliau ada di Kelantan waktu itu, tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku 4 hari sebelum itu tidak dirasakan.

Abang aku ni kan, dia dulu selalu jadi tempat aku pau. Seingat aku, masa tahun 1998, aku selamba je jumpa dia kat LRT Cempaka sebab nak pau dia duit. Amalan tu aku berhentikan pada tahun 2004 lepas aku dah stabil skit kerja kat KL ni. LOL.

Pernah tahun 1998, aku pau dia RM200 dan aku balik pusing-pusing KL sampai kaki aku lenguh. Sebab apa lenguh? Sebab aku berjalan kaki dari Bukit Bintang sampai Stesen Keretapi Kuala Lumpur menanti tren 8.00 pagi balik Ipoh.

Nak menghirup udara KL katenye. Yang pasti aku jalan kaki kat CM sorang-sorang masa acara 'merentas kota' tu dalam pukul 3 pagi camtu. Baru lepas tu aku sedar betapa bahayanya tabiat itu. Haha.

Nasib baiklah aku ni badan besar. Bagak. Digeruni. Tinggi aku 180cm dicapai masa umur 19 lagi. Lepas tu, tumbesaran terhenti. Cima isi badan je naik turun.

Maka sempena ulangtahun ke 40 abang aku tu, aku ucapkan tahniah jugak la pada diri aku sebab berjaya membawa pulang wang RM200 yang aku simpan dalam kasut tu. Hahaha. Penakut jugak aku ni.


Kepakaran aku dalam bidang masakan tidak lain dan tidak bukan ialah mencipta sebuah rumusan rempah yang memberi kenikmatan rasa Pajeri Nenas. Tu gambar atas tu ialah hasil masa malam last kat rumah Juanez kat Jalan Lama Tuaran, KK. Aku masakkan pajeri nenas dengan sahabatnya ikan masin. Kuzuto pun ada la masak masakan lain. Tapi remeh laa. Dua resepi ni paling best bagi aku.

Sebenarnya aku nak perkenalkan pajeri nenas ikan masin tu kat Arni ngan Juanez. Ye lah.. masakan 1600km dari situ. Kelakar bila tengok Arni dengan Juanez perit tekak sebab kerisik. Memang kerisik kat KK tak cukup refined. Tapi ok la, dorang kata sedap (ambik hati aku je kot). Tapi Kuzuto mengesahkan kesedapannya sebab dia tukang rasa import dari semenanjung.

Jadi mehlah aku syerkan cara-cara menyediakan pajeri nenas untuk korang try buat satu. Bahan-bahannya ialah :

1 biji nenas
2 peket kecik rempah kari daging
2 peket kecik kerisik
1 peket kecik bunga lawang
4 sudu gula (kalau nenas tawar, ikut la berapa sudu ko suka)
¼ sudu garam
1 genggam udang kering

Cara Memasak :
Masukkan semua bahan itu dalam periuk, isi air sampai semuanya tenggelam, letak atas dapur, nyalakan api, kacau setiap 10 minit, selepas 4 kali kacau.. tada.. sedia untuk dihidangkan.

Saturday, May 16, 2009

Hah!!!! Semalam aku balik kerja kul 7.30 malam. See. Sangat bagus kakitangan awam macam aku ni. Sapa kata kitorang takde kerja goyang kaki. Haha. Swine Flu ni asik balik lambat je.

Sepanjang pulang, MRR2 kurang jem. Heran lah. Selalu hari Jumaat terlalu hazabi bin hazami lah MRR2 tu penuh dengan kenderaan. Menjelang 8.10 malam aku pun sampai rumah. Sampai rumah plak, ramai la kengkawan budak-budak Ipoh ada. Diorang pakat-pakat nak balik Ipoh. Dorang ajak aku tapi MAAF, rukun Jumaat malam lom selesai.

Aku siap-siap terus gi rumah Maksu. Dan kami pun keluar jam 11.00. Awal yer setan. Maklumlah, untuk mengelakkan terlanggar kon-kon merah berlilit pemantul cahaya. Lalu kami pun minum Coke kat mamak longkangan di belakang Beach Club sebelum masuk ke LQ kul 12.00.

Kat sana, jam kul 12.15, orang dah seramai the whole Sat. Nite kat LQ. Haha. Kegilaan Jumaat malam Sabtu sangat. Takpe. Sabtu malam Minggu lebih baik orang tak ramai kat LQ. Lagu pun agak best sikit. Pastu ruang yang ada, lebih luas.

Benster ngan Aqmal pun ader gak. Pastu selepas merama-rama, aku pun lupa apa yang terjadi (taktik nak short cut la ni.. dah tau dah..).

Balik tu kena hantar Aqmal ke Pantai Dalam sebab si Danny tidur mati tak angkat telefon. ( Ko memang kan? Saja je.. ). Lepastu, terus kami gi tasik.

Kat tasik, kami jumpa sama Chumie dan sesi bicara hati ke hati bermula. Entah la uall. Bak kata betina dalam radio tu, "we fight we break up, we kiss we make up". Boleh? Tapi kali ni tidak lagi kot. So welcome to the SINGLE JUNGLE. Hiks..

Pastu, dalam kul 6.00 kami pun balik. Sambil aku melabuhkan kepala kat bantal, aku pun mengira kambing biri-biri. Baru sampai angka 8, aku pun tertido sampai jam 12.00 tengahari. Hanjeng kan. Sebab aku patut gi kerja kul 9 tadi.

Thursday, May 14, 2009

Haha. Lawak jugak bila kita sendiri teruja apa yang diiklankan oleh pengiklan kat blog ni. Contohnya Freedom Party yang bakal berlangsung.

Mengikut syarat Nuffnang, penyedia iklan di blog paling kedekut di alam maya, klik dari pemilik blog sendiri boleh dianggap menipu.

Tetapi kalau apa yang diiklankan dorang menarik perhatian pemilik blog yang tak tahu menda apa yang dorang nak taruk situ, tentula pemilik blog mempunyai hak sebagai sasaran iklan, malah dengan hak-hak yang ada tuan tanah blog sendiri, mengklik pada iklan itu.

Selalunya apabila binatang iklan itu keluar dan dapat disaksiukan oleh pemilik blog, adalah apabila pemilik blog sedang login. Kalau tak, tak mendapatnyer. Kecuali bagi unique visitors a.k.a pelayar yang tak pernah masuk atau dah beberapa hari tak masuk.

Sangat pandai la ini Nuffnang. Dah la kemut taik idung masin. Ah. Aku tak kira. Aku klik gak. Aku nak gi Freedom Party!

World, hold on!

Wednesday, May 13, 2009

Oleh kerana si Benster menyanyi lagu Bob Sinclair versi Kedah, inilah terjemahan kepada lagu tema blog ini, World Hold On atau Dunia, Tunggu Sat :

Oh yeah, yeah...
Bukak lah hati hang apa rasa..
Bukak lah hati hang apa rasa, tu ka..

Big bang tah berapa juta tahun lagi..
Tapi aku rasa nak habaq la ni..

Dunia.. tunggu sat..
Dok pekalut masa depan, bukak lah hati
Dunia.. tunggu sat..
Taktau apa hang nak jawab kat budak-budak langit..

Budak di langit..

Pikiaqlah hang akan jumpa cinta..
Cinta hat macam dari langit sana..
Kalau rasa macam budak toksah riyau..
Habaq pi lah kat depa toksah risau..

Dunia.. tunggu sat..
Dok pekalut masa depan, toksah muhong lagi..
Dunia.. tunggu sat..
Taktau apa hang nak jawab kat budak-budak langit..

Dunia.. tunggu sat..
Jom lah, semua satu semsta, jom lah
Dunia.. tunggu sat..
Taktau apa hang nak jawab kat budak-budak langit..


Ini pula versi asal lagu ini :

Oh yeah, yeah...
Open up your heart, what do you feel
Open up your heart, what do you feel is real
The big bang may be a million years away
But I can't think of a better time to say

World, hold on
Instead of messing with our future, open up inside
World, hold on
Wonder you will have to answer to the children of the sky

Children of the sky...

Look inside, you'll find a deeper love
The kind that only comes from high above
If you ever meet your inner child, don't cry
Tell them everything is gonna be alright

World, hold on
Instead of messing with our future
Tell me no more lies
World, hold on
Wonder you will have to answer to the children of the sky

World, hold on
Come one, everybody in the universe, come on
World, hold on
Wonder you will have to answer to the children of the sky

Hahaha~

Empat puluh tahun merupakan satu tempoh masa yang lama. Tetapi sepanjang 40 tahun ini, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan tahap perpaduan kaum di Malaysia.

Cina terus berbahasa Cina, malah semakin ramai Cina tidak mampu bertutur bahasa Melayu. India terus bergaulan dengan India dan bahasa Melayu mereka masih tunggang terbalik.

Bukan sahaja rakyat, malah pemimpin pun sama. 13 Mei 1969 dikatakan dimulakan oleh UMNO tetapi yang menjerit supaya orang Melayu balik kampung keluar dari KL ialah orang Cina dari parti Gerakan.

13 Mei telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru. 13 Mei telah mewujudkan kenderaan bernombor pendaftaran 'W'. 13 Mei telah mewujudkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 13 Mei telah membuatkan orang Melayu bertambah dari 25% kepada 45% di KL.

13 Mei telah membuatkan nyawa menjadi murah. 13 Mei telah membuatkan kedai-kedai dijarah. 13 Mei merupakan 'urban anarchy' paling buruk dalam sejarah negara.

Setelah 40 tahun berlalu, 13 Mei tidak mungkin muncul lagi dalam bentuk yang lalu. 13 Mei boleh muncul kembali dengan cara baru.

Apa yang perlu diperhatikan ialah mereka-mereka yang gila berpolitik. Monyet tindak tanduk mereka, maka monyetlah rakyat-rakyat penyokong mereka.

13 Mei tidak boleh berlaku lagi. Ini kerana 13 Mei dimulakan oleh fanatik politik. Kalau mereka yang mati, lainlah cerita. Tetapi dikatakan kira-kira 3,000 orang mati pada 13 Mei di KL. Malangnya kebanyakan mangsa bukan fanatik politik.

Mereka adalah orang awam yang menjalankan kehidupan harian demi sesuap nasi dan kemudian diapi-apikan dengan khabar angin.

Tuesday, May 12, 2009

Ah.. Segalanya dikatakan takdir. Semuanya telah menjadi sejarah. Hilangnya laptop berusia 5 bulan yang aku miliki.

Segalanya bermula apabila aku tak kunci pintu bilik. Kemudian nak dijadikan cerita, senja semalam, ketika tiada siapa di rumah, seseorang telah datang kerumah dan membuat 'semakan' dan 'rampasan' harta benda. Break in lah. Motif tak paham?

Dalam kejadian itu, hanya bilik aku dan di Mael yang tak berkunci. Instead of TV Mael jenama MAL yang tah aku tak tahu syarikat China mana punya produk, pencuri ini memilih laptop aku yang comot itu.

Selain dari itu, tak ada pulak yang diselongkar selain pintu closet aku yang ternganga dengan kain baju masih tersusun.

Di bilik Mael, tak ada apa yang hilang. Apa lah yang nak hilang pun. Bukan ada harta pun depa ni. Sport rim kereta lebih bermakna dari gajet-gajet IT.

Jadi kembali la aku ke desktop yang tak pulak dicuri malaun itu. Dan segalanya kembali ortodoks.

Aku tahu siapa yang mencuri laptop aku itu. Dah tentu dia adalah kawan-kawan salah seorang housemate aku ini. Malangnya nyonya yang suka busybody sebelah rumah aku, gagal untuk alert siapa yang datang senja semalam.

Adakah nyonya itu yang sebenarnya mencuri? Ahh! Kusut!!

Monday, May 11, 2009

Wa.. lama tak hapdet blog kan... Ye la.. busy menguruskan kehidupan yang mencabar katenya.. Mencabar apa? Entahh! Idup ikut putaran bumi je, mencabar la sangat..

Ujung minggu yang baru lepas ni disebut minggu clubbing. Clubbing ni bukan semata-mata nak menggedik yer. Clubbing tu semata-mata untuk memukul gegendang telinga dengan irama yang kuat, mengikut citarasa muzika pilihan sendiri.

Jumaat malam, pegi LQ tapi sesak sangat. Lemas. Sapa yang suka sesak ye tak. Sesak jalanraya, lambat sampai. Sesak nafas, mati. Sesak poket, makan megi. Sesak LQ, makin penuhlah pemandangan menggeletis dan sewaktu dengannya.

Tapi, hari Sabtu, pegi balik LQ. Kali ni Abang Im dan Arezeo ada. Campur Maksu kami berempat je. Berempat je, tapi sangat happening yer. Sangat-sangat. Sebab tersangat happening lah, kami bergambar di tepian jalan.

Semalam, menggagahi gak la ke Maison. Wah.. LQ + LQ + Maison = LQ²Maison. Haha. Aper saja la kan. Formula ha-pening. Sampai ke skang lum lagik tidur, terus masuk kerja. Tengahari yang tenteram ni bleh membongkang tidor, gatal gak nak update blog kan.

Apa-apapun, hujung minggu kedua bulan Mei 2009 ni memang meriah la.

Bercakap tentang HARI IBU, sebenarnya takde feeling nak ucapkan kat mak sebab tiap kali kalau ucap selamat hari ibu, for sure jawapannya " Alah! Nak muntah aku dengaq! Hari ibu ka apa ka, aku lagu ni jugak masak, basuh kain, sapu sampah! Hangpa rilek!"

Cukuplah ucapan Selamat Hari Lahir yang ke 63, 4 Mei lepas.

 

blogger templates | Make Money Online