Tuesday, June 23, 2009

Selamat Hari Jadi Ke 31 kepada diri aku sendiri. Dengan kata bangsawan, SELAMAT HARI KEPUTERAAN. Haha. Memang menjadi amalan keturunan aku, takde sambutan untuk commemorate hari jadi ni kecuali jubli-jubli sahaja.

Maknanya, selepas sambutan JUBLI PERAK pada tahun 2003, menantilah kita JUBLI EMAS pada tahun 2028. Hahahahawau.

Banyak gak lah perkara dan musibah melanda di hari jadi ni. Tahun lepas, aku dikeji Azura Ghani pada hari jadi sebab gagal masuk dewan untuk NDO Estabel Lampe Berger pada 22 Jun.

Tahun ni... emm. Biarlah hanya mereka yang tahu, terus mengetahuinya. Bagi yang tak tahu, tak perlu la diketahui.

Jadi sempena hari jadi yang ke 31 ni, Euphoria Department dari Ministry of Sound menghadiahkan anda semua kompilasi 8 lagu paling best yang dilayan oleh Paduka Seri (melampau la berangan raja eh)...

Tiada kurniaan Datukship untuk tahun ini kerana mine is not that cheap. LOL.

Terima kasih banyak-banyak pada semua yang wish selamat hari jadi kat aku walaupun hakikatnya hari jadi kali ini agak sendu dan kurang selamat.

Walaubagaimanapun, yang baik datang dari Tuhan, yang buruk memang atas sebab sendiri jugak. Semoga anda sekelian dilimpahi rahmat dan kurniaan kesihatan yang baik-baik juga.

Tapi, doa ni tak mustajab la kalau empunya diri gagal untuk memohon sendiri pada Tuhan. Boleh ke suruh orang lain mintakkan kerja untuk kita. Tidak, bukan? Jadi, doalah sendiri.

Good nite.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online