Friday, July 3, 2009

Anda GEMUK?

Seluar yang anda beli awal tahun lalu sudah tidak muat??

Kekasih hati anda mengeji tilam air di perut anda?

Anda masih mempunyai harapan untuk kurus kembali..!!

YA! Produk ini TIDAK DILULUSKAN oleh KKM tetapi terbukti berkesan!!

Sebab apa ianya tidak diluluskan??

Sebab ia tak pernah dihantar untuk kelulusan la.. lahanat!

ABGDARK, 31, TELAH BERJAYA MENGURANGKAN BERAT BADANNYA DARI 88KG KEPADA 78KG DALAM MASA 1 BULAN!!

Kini, beliau selesa memakai seluar-seluar yang nyaris dibuang kerana tak mampu dikancing sebulan lalu. Seluar-seluar 5 tahun sudah pun boleh disarung kembali. Mujur emaknya tak buat lap kaki. Apabila tidur terbaring di lantai rata, semut pun sudah boleh melintasi belakang pinggangnya. Betapa Abgdark telah berjaya membuang tilam air di perutnya dengan berkesan walaupun masih ada sisa yang tertinggal sebab kemalasannya. Kita ikuti pandangan beliau :

" Dulu, saya sangat bentat. Kalau buang air kecil, saya tidak dapat melihat anu saya dek kerana lindungan padang ilalang di gumuk isi berpusat. Tahu tak benda apa tu. Buat-buat tahu je lah. Kemudian, saya mencuba produk ini, dan saya membuat senaman ala kadar. Tetapi hasilnya sangat memuaskan. Saya hilang 10 kg dalam masa sebulan. Sekarang saya hendak ke kedai jual tali pinggang untuk menebuk lubang-lubang baru pada tali pinggang saya! Hebat bukan?"

Anda bagaimana? Adakah anda masih tidak percaya dengan produk ini?

Untuk tempahan sila hubungi 1-800-CECEK dan anda boleh memilih antara 2 pakej yang sesuai untuk anda.

Awas : Sediaan ini memerlukan nasihat pakar dalam bidang cecek mencecek.

TETAPI

Jika anda tidak mahukan semuanya, anda masih mempunyai pilihan!!

MOGOK LAPAR !

Sila hubungi mantan MB Perak, Nizar Jamaluddin untuk maklumat lanjut.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online