Sunday, June 14, 2009
Selamat Hari Jadi
Macam-macam benda berlaku hujung minggu ni. Terlebih dahulu aku ucapkan selamat hari jadi kat Azham. Umo masuk 30 tapi muka macam 25. Sangat bertuah empunya badan. Hehe. Kita-kita ni la yang melanjutkan purata umur lelaki berkahwin di Malaysia ni. Sebelum ni yang aku tau, umur purata lelaki Malaysia berkahwin ialah 28.
Persahabatan
Konsep persahabatan pada aku sangat tinggi. Tetapi lebih rapat seseorang tu pada aku, lebih keras seseorang tu akan aku kritik depan-depan kalau ada benda yang perlu ditegur. Tapi sesetengahnya, tak boleh nak terima sesuatu teguran. Dan terus menganggap tak perlu lah keakraban tu diteruskan. Aku terima je pendapat. Memang hidup ni adalah untuk menyaksikan perkongsian pendapat yang berbeza-beza. Dengan networking kawan-kawan yang semakin mengecil, mungkin disebabkan faktor cuaca gamaknya, aku perlu mengadaptasi zaman tiga empat tahun dulu masa segalanya sunyi dan hanya kedengaran cengkerik berzikir sahaja kayaknya. Berzikir katanya.
Panas
Dua tahun lepas, secara kebetulan, lagu Rihanna bertajuk Umbrella tiba-tiba meletup. Memandangkan dua tahun lepas menyaksikan hujan turun dengan kerap dan tak ada pun kejadian rumput-rumput menjadi kering, maka sesuailah dengan lirik lagu Umbrella pada masa tu yang menyebut " its raining more than ever ". Tapi tahun ni, maaflah. Lagu tu tak sesuai. Sebab its raining less then ever lahhh. Jerebu lagi ada. Bahang panas pun menjadi-jadi. El Nino katanya.
Rasa hati
Sebenarnya aku tak tau sebenarnya apa yang aku fikirkan untuk diri ni adalah tepat. Tapi aku tahu, hati aku macam terpaut kat seseorang. Tapi aku tak tahu adakah pautan itu tepat. Pautan katenye. Macam "CLIK HERE" plak. Tapi yang penting apa yang bermain di hati tu, teruskanlah bermain. Sebab sampai masanya, segalanya akan terjawab dengan jelas. Jadi buat masa ni, biarlah aku menduga-duga je. Tak rugi pun. Hehe. Tapi kalau ada peluang, rasanya aku tak akan menjadikan perasaan yang tercurah menjadi sia-sia seperti yang pernah aku lalui sebelum-sebelum ni. Matiler. Sia-sia katanya. Lantakkan. Aku adalah aku. Kalau aku kata aku nak gi club, bukan bermakna aku gila sangat nak gi club. Lebih baik dari orang yang kononnya tak suka pegi club. Tapi akhirnya orang asyik terserempak ngan dia kat club. Teeet ~.
Rumusan
Hari jadi aku yang ke 31 makin hampir. Dalam menyambut hari jadi ke 31 aku, aku merasa semakin sunyi. Kawan-kawan makin sibuk dengan urusan masing-masing. Tapi seperti lagu Umbrella nyanyian Rihanna, sekali berkawan, kita akan seolah-olah take an oath and stick it up till the end. Walau apa terjadi. Tapi bagi aku kesunyian tu adalah peluang terbaik untuk aku memulakan hidup baru mungkin dengan teman baru yang aku masih belum pasti sama ada dia pun ada perasaan yang sama. Dia pun muda 9 tahun. Wau. Boleh je kan? Walaubagaimanapun, aku berbangga sebab aku lebih bersifat terus terang dan takde la hipokrit dalam menyatakan pendirian aku dalam sesuatu perkara. Ha. Gitulah rumusan dari keempat-empat perenggan di atas.

Labels: confederacy, endeavour, utterance, weekend
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment