Sunday, May 17, 2009

Pada kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari jadi ke 40 kat abang aku paling tua selepas dua kakak aku. Abang aku ni dok kat Puncak Jalil. Ofis dia kat Pandan Indah. Tapi aku haram menjenguk dia sekeluarga sebab memang aku malas nak menjenguk adik beradik yang malas menjenguk aku. Bley. Berlagak antara siblings. Oh. Its normal.

Tapi aku tak la gaduh atau apa-apa. Cuma distance myself je la dari digelar parasit. Kan. masing-masing dah kerja. Aku plak dah 31. Tak kawen-kawen lagi. Aku kawen umor 35 bleh? Lepas setahun aku kenal gadis itu. Yo yo orr je.

Beliau dilahirkan di Pengkalan Chepa, Kelantan pada 17 Mei 1969. Oleh kerana ibu beliau ada di Kelantan waktu itu, tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku 4 hari sebelum itu tidak dirasakan.

Abang aku ni kan, dia dulu selalu jadi tempat aku pau. Seingat aku, masa tahun 1998, aku selamba je jumpa dia kat LRT Cempaka sebab nak pau dia duit. Amalan tu aku berhentikan pada tahun 2004 lepas aku dah stabil skit kerja kat KL ni. LOL.

Pernah tahun 1998, aku pau dia RM200 dan aku balik pusing-pusing KL sampai kaki aku lenguh. Sebab apa lenguh? Sebab aku berjalan kaki dari Bukit Bintang sampai Stesen Keretapi Kuala Lumpur menanti tren 8.00 pagi balik Ipoh.

Nak menghirup udara KL katenye. Yang pasti aku jalan kaki kat CM sorang-sorang masa acara 'merentas kota' tu dalam pukul 3 pagi camtu. Baru lepas tu aku sedar betapa bahayanya tabiat itu. Haha.

Nasib baiklah aku ni badan besar. Bagak. Digeruni. Tinggi aku 180cm dicapai masa umur 19 lagi. Lepas tu, tumbesaran terhenti. Cima isi badan je naik turun.

Maka sempena ulangtahun ke 40 abang aku tu, aku ucapkan tahniah jugak la pada diri aku sebab berjaya membawa pulang wang RM200 yang aku simpan dalam kasut tu. Hahaha. Penakut jugak aku ni.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online