Wednesday, May 20, 2009

Kelmarin, hari Isnin, aku balik awal. Sampai rumah 6.15 petang. Aku pun terus online MiRC. Pastu aku kenal sama sorang tu. Indah orangnya. Dia dok kat Presint 9. Dia kata dia nak gi KL jap. So dia ajak jumpa.

Aku pun pergi la ambik dia kat KL Sentral, bawak pergi Bt. Bintang. Sebab dia nak jumpa housemate dia kat Bt. Bintang kendian dorang nak balik sekali.

Kebetulan aku parking depan Pizza Hut, aku pun malas nak ke fast food mana-mana. Aku ajak je dia sembang jap kat Ara Lounge. Kedai Kak Ara tu. Aku macam biasa order air tin je. Dia order Teh O Ais Laici.

Tapi, bila dia tengok aku minum terus dari tin, dia berasa geli geleman nak minum air yang dipesan. Dia kata, dia takkan nak lepak lorong camni, order air kat gerai camni. Wah. Lalu Tuhan memberi bayaran cash untuknya.

" Eh! Calvin Thoo ! " ujarnya sambil melihat seorang lelaki Cina kurus kering berjalan menuju ke Ara Lounge. "Sapa tu?" tanya aku yang memang tak tahu sesetengah figura-figura tempatan.

"Hei. Designer la. Famous dia.." jawabnya lagi sambil terlopong melihat budak Cina itu duduk selamba dan melangut ke TV Kak Ara. Dalam hati aku, " Hah. Baru hang tau."

"Tapi dia tu classy lah. Takkan dia lepak sini?" ujarnya lagi dalam nada pelik. " Apa nak pelik. Kedai ni mandrem kuat menarik PLU. Classy macammanapun, pernah tak pernah, hirup jugak air kedai ni." jawab aku selamba.

Tetapi, perlepakan kami tak lama. Pondan tak betul yang selalu kendong buku cakap sorang-sorang tiba-tiba duduk meja sebelah. Haruman jalanan yang melekat pada badannya memaksa kami beredar.

Ketika membayar pada akak Indon waiter Ara Lounge, aka Indon tu berkata. " Eh.. Sayang air ni. Minumlah. Sikit je... tak baik membazir ". Lalu dia pun dengan serba salah menyedut sekelumit air Teh O Ais Laici itu. Ha. Kan aku dah kata. Classy macammanapun PLU tu, pernah jugak hirup air Ara Lounge. LOL.

Kemudian, aku pun balik dengan senyum simpul. Betapa sesetengah perkara, Tuhan bayar cash on delivery. Berhati-hatilah bila nak deliver kata-kata. Kannnnnnnn.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online