Wednesday, May 13, 2009

Empat puluh tahun merupakan satu tempoh masa yang lama. Tetapi sepanjang 40 tahun ini, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan tahap perpaduan kaum di Malaysia.

Cina terus berbahasa Cina, malah semakin ramai Cina tidak mampu bertutur bahasa Melayu. India terus bergaulan dengan India dan bahasa Melayu mereka masih tunggang terbalik.

Bukan sahaja rakyat, malah pemimpin pun sama. 13 Mei 1969 dikatakan dimulakan oleh UMNO tetapi yang menjerit supaya orang Melayu balik kampung keluar dari KL ialah orang Cina dari parti Gerakan.

13 Mei telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru. 13 Mei telah mewujudkan kenderaan bernombor pendaftaran 'W'. 13 Mei telah mewujudkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 13 Mei telah membuatkan orang Melayu bertambah dari 25% kepada 45% di KL.

13 Mei telah membuatkan nyawa menjadi murah. 13 Mei telah membuatkan kedai-kedai dijarah. 13 Mei merupakan 'urban anarchy' paling buruk dalam sejarah negara.

Setelah 40 tahun berlalu, 13 Mei tidak mungkin muncul lagi dalam bentuk yang lalu. 13 Mei boleh muncul kembali dengan cara baru.

Apa yang perlu diperhatikan ialah mereka-mereka yang gila berpolitik. Monyet tindak tanduk mereka, maka monyetlah rakyat-rakyat penyokong mereka.

13 Mei tidak boleh berlaku lagi. Ini kerana 13 Mei dimulakan oleh fanatik politik. Kalau mereka yang mati, lainlah cerita. Tetapi dikatakan kira-kira 3,000 orang mati pada 13 Mei di KL. Malangnya kebanyakan mangsa bukan fanatik politik.

Mereka adalah orang awam yang menjalankan kehidupan harian demi sesuap nasi dan kemudian diapi-apikan dengan khabar angin.

2 comments:

Shopaholic_Sinful said...

melayu mudah lupa... n not to forget.. kaum yg suka meminta2 n also wanting one malaysia.. tapi tidak mempunyai semangat satu malaysia....

but then monyet2 politik still unable to see or neither brave enought to unveil the thing..

kalau mulut dibuka ISA laa jawabnya.. n this ISA only apply to Malays.. reason.. mencetuskan perkauman.. tetapi tidakkah mereka yg meminta one malaysia itu sebenarnya lebih perkauman?!

TUMPANG BLOG said...

setuju banget gue ama loe shopaholic

 

blogger templates | Make Money Online