Sunday, May 17, 2009


Kepakaran aku dalam bidang masakan tidak lain dan tidak bukan ialah mencipta sebuah rumusan rempah yang memberi kenikmatan rasa Pajeri Nenas. Tu gambar atas tu ialah hasil masa malam last kat rumah Juanez kat Jalan Lama Tuaran, KK. Aku masakkan pajeri nenas dengan sahabatnya ikan masin. Kuzuto pun ada la masak masakan lain. Tapi remeh laa. Dua resepi ni paling best bagi aku.

Sebenarnya aku nak perkenalkan pajeri nenas ikan masin tu kat Arni ngan Juanez. Ye lah.. masakan 1600km dari situ. Kelakar bila tengok Arni dengan Juanez perit tekak sebab kerisik. Memang kerisik kat KK tak cukup refined. Tapi ok la, dorang kata sedap (ambik hati aku je kot). Tapi Kuzuto mengesahkan kesedapannya sebab dia tukang rasa import dari semenanjung.

Jadi mehlah aku syerkan cara-cara menyediakan pajeri nenas untuk korang try buat satu. Bahan-bahannya ialah :

1 biji nenas
2 peket kecik rempah kari daging
2 peket kecik kerisik
1 peket kecik bunga lawang
4 sudu gula (kalau nenas tawar, ikut la berapa sudu ko suka)
¼ sudu garam
1 genggam udang kering

Cara Memasak :
Masukkan semua bahan itu dalam periuk, isi air sampai semuanya tenggelam, letak atas dapur, nyalakan api, kacau setiap 10 minit, selepas 4 kali kacau.. tada.. sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online