Sunday, July 26, 2009

Innalillahi wa inna ilahi roji'un. Amat terkilan. Tetapi itulah ketentuan Tuhan.

Setelah diberi laluan yang baik oleh seseorang untuk membolehkan skrip saya dinilai oleh Yasmin Ahmad, Yasmin sendiri telah kembali ke rahmatullah hari ini, Ahad 26 Julai 2009.

Allah telah menetapkan tarikh-tarikh hidup mati seseorang itu mengikut kadarnya. Manusia sesungguhnya hanya mampu merancang.

Pemergian Yasmin Ahmad, seorang yang cekal, tabah dan berusaha menepis pelbagai stigma, berkenaan karnyanya, berkenaan dirinya dan berkenaan sejarahnya yang lalu, membawa bersama satu ingatan yang tak mungkin mudah untuk luput dalam ingatan sejarah.

Walaupun tidak sampai 10 tahun loncatan yang dibuat olehnya di persada perfileman tanah air, Yasmin telah membawa banyak perubahan dan telah mencipta bench mark bagi mutu dan kualiti sesebuah filem dari kacamata penggiat filem sebenar.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Yasmin Ahmad.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Yasmin meninggalkan nama dan bench mark yang betul bagi penggiat filem tanah air usahakan.

Dalam blog Nuraina A Samad, saya amat tersentuh dengan komen dari sahabat ibu Yasmin, yang memberi komen berikut :

ctw said...

What a loss to Malaysia and the world. May Allah bless her soul.
Condolences to her parents Inom and Ahmad and her husband, family and relatives.

Chiam Tah Wen
Kirkby College 1954-56 . Inom was a student there


Sesungguhnya, kepergian Yasmin Ahmad dirasakan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.

Al-Fatihah.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online