Tuesday, July 7, 2009

Skrip penuh bagi "KHAYALAN" telah siap dalam tempoh 4 bulan. Terima kasih kepada jari-jemari, dua biji mata, dan otak yang gigih menjana dialog dan established shot. Nantikan kemunculan "KHAYALAN" di pawagam berhampiran bila kucing bertanduk.

SINOPSIS



Radi semakin mengabaikan Anis. Anis sentiasa berdoa agar Radi berubah dan menjadi suaminya yang baik satu hari kelak. Namun, Radi telah terjebak dengan penagihan dadah rangsangan.

Pertemuan Anis dengan sepupunya telah membuatkan Radi semakin tidak mempercayai Anis. Radi semakin liar dan kerap meniduri gadis lain atas alasan untuk menyakiti hati Anis.

Pertengkaran yang berlaku menyebabkan Radi memutuskan perhubungan dengan Anis melalui telefon. Anis kecewa dan memandu ke KL untuk bertemu Radi.

Berbagai peristiwa aneh telah berlaku semasa pertemuan Radi dan Anis. Pertemuan itu juga telah membawa kepada bukti bahawa Anis menemui sepupunya yang turut dipertunjukkan kepada Radi.

Radi yang bermalam dengan Lisa di sebuah hotel pada malam itu dibawah pengaruh dadah dan arak. Tetapi Radi sentiasa terbayang Anis. Lisa telah lama tidur kerana terlalu khayal.

Radi terlihat Anis berada di bawah dari jendela hotel. Dia bergegas turun untuk 'mengajar' Anis. Tetapi Anis telah tiada.

Ketika melalui lobi, Radi terserempak dengan Anis yang rupa-rupanya masih di situ. Anis dengan tenang membiarkan Radi mengasarinya. Anis kemudian berkata " Jika bi betul-betul nak putus, esok datang ke Bukit Tinggi ambil semua barang bi.."

Esoknya, Radi dengan amarah emosi dan dibawah pengaruh dadah, membawa Lisa ke Bukit Tinggi. Malangnya mereka terbunuh apabila kereta Radi yang dipandu laju terjunam ke gaung.

Pihak penyelamat yang berusaha mengeluarkan mereka terkejut dengan penemuan sebuah lagi kereta yang telah terbabas pada malam sebelumnya ditempat yang sama. Mayat wanita dalam kereta tersebut adalah Anis.

Lebih memeranjatkan, kemalangan yang membabitkan Anis berlaku ketika Anis dalam perjalanan ke KL.
Skrip oleh PAKTAM

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online