Sunday, July 26, 2009

Beberapa kawan aku itu hari ada pergi Ijtimak Tabligh Sedunia kat KLIA.. Wau, aku sangat respek kat diorang sebab sanggup menghabiskan masa 3 hari mencari kekuatan rohani dalam himpunan jemaah tabligh tahunan yang kali ni dibuat di Malaysia.

200,000 jemaah tabligh dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di sana. Gambar sebelah menunjukkan jemaah berbangsa Cina.

So, dorang ni aku nampak.. yang dulu takde hala tuju.. dah mula betulkan alignment masing-masing. Alhamdulillah. Tapi bila aku sebut yang 'iman' yang lemah akan membuatkan segalanya menjadi satu kitaran semata-mata... dorang setuju. Maka dorang pun menasihat aku gak la.. supaya kembali..

Aku pun terima dengan hati terbuka la nasihat-nasihat tu. Ye lah.. bukan nak kata "korang pun tah lama mana boleh pertahankan lima waktu..". Tapi paling penting, sok kalau aku mati, aku sorang-sorang jugak.

Kadang aku sedar gak. Sampai bila aku nak clubbing semua tu. Kalau dengar lagu House takyah pergi disko tak boleh ke? Boleh jugak kan? Sebab aku ni orang seni. Penghayatan muzik aku tak perlu sampai ke disko.

Orang yang menghayati muzik dengan terpaksa pergi ke disko sebenarnya menggunakan muzik sebagai alasan. Padahal dia nak cuci mata dan pening-pening kebas-kebas. Betul tak? Jangan kincing lah! Been there done that. Esok lusa taktau la. Tuhan tak pernah bagi benda yang tak baik. Dia cuma bagi yang baik-baik je. Kita je cari benda yang tak baik. Kannn..

Apa pun, aku bersyukur gak lah dengan apa yang dah terjadi semenjak dua menjak ni yang membuatkan berlaku transformasi ke atas diri aku. ( Sambil tepuk tangan untuk diri sendiri )

Dorang tu aku anggap dihantar Tuhan di saat aku rasa sunyi macamni.. Lalu Tuhan bukakkan hati aku sikit demi sikit kepada jalan untuk mengenaliNya dan menyayangiNya dengan lebih lagi.

Aku harap keindahan dorang ini akan bertahan.

Dalam pada tu, aku ada berkenalan dengan seseorang yang sangat sangat sangat manja. Dia juga sangat sangat sangat menepati citarasa. Pandangan dia mengenai konsep hubungan tu je masih samar. Sebab dia masih muda. 19 tahun. Jadi let it go with the flow. Aku tak nak fikirkan sangat. Mungkin sedikit demi sedikit sayang aku akan bertambah untuknya.

Seseorang yang penting untuk aku ialah seseorang yang aku berusaha keras untuk menjaga hati nya. Ini kerana seseorang yang dijaga hatinya sudah tentulah seseorang yang telah lama dikenali dan mengharungi liku-liku pengalaman itu dan ini bersama-sama. Mengenai kehidupan saja lah. Yang lain-lain tu, tak tahu la pulak. Ada ke tidak.

Jadi sempena minggu ke 32 nanti, diharapkan kekuatan baru akan datang dan membawa banyak pengertian untuk kehidupan aku. Nak seronok sampai bila pun? Dah 31 dah umur aku ni.

Iktibar dari arwah Yasmin Ahmad ialah, kita tak tahu bila tarikh kita akan pergi sedangkan seluruh langit telah tahu. Tup-tup, tombang masa tengah nak cashkan cek USD1 juta Bill Gates sedekah sebab aku ni sempoi ke... Maner la tau kan... Contoh je...Contoh.... Tak ke ralat al-walat?? He he he.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online