Friday, December 25, 2009

Sangat lama blog ini tidak dikemaskini dan adalah dimaklumkan bahawa selesai tahun ini, blog ini akan tampil dengan URL baru yang akan diumumkan di Facebook. Nantikan update terbaru pada
01.01.10

Thursday, November 26, 2009

Haish.. Putrajaya punya staff parking akan mula berbayar pada 1 Disember ini. Hanjeng kan? Di sebalik suart aku tulis kat Berita Harian yang dijawab PJH punya CEO, benda ini tetap berlaku. Nasib baik aku ada parking selit. F.O.C.

Ni nak cerita tentang kejadian kat ERL Cyberjaya Putrajaya semalam masa aku nak balik ke Ampang. Aku tak drive 3 minggu ni sampai ujung minggu depan sebab bagi adik pompuan aku pakai kereta. Dia kat UNISEL. So aku naik bas je. Cuma sebab semalam dah jam 8.00 malam, aku pun pikir untuk naik ERL.

Tren ERL untuk ke KL akan sampai setiap minit ke 5 dan ke 35 dalam satu-satu jam di jam ada tuh. Aku sampai naik Nadi Putra yang haram jayzee tuh setelah Metrobus dan RapidKL menuju ke arah KL langsung tak muncul lepas sejam tunggu. Tak ke pantat jahat kan? Kata suruh orang naik bas segala. Tapi prasarana amatlah sedih.

Ni cerita pasal ERL la. Lupa. Pasal Nadi Putra dan PJH nanti aku cerita.

Kisahnya aku sampai Putrajaya Sentral jam 9.20 malam. Jam 9.35 akan ada KLIA Transit ke KL sebiji. Oleh kerana perut aku sakit, aku pun memerut selama 8 minit sebelum lekas-lekas beli tiket ke Bandar Tasik Selatan yang berharga RM5.30 tuh.

Bila tren sampai, orang sangat ramai sekali yang turun dari ERL. Ada 2 sebab.

Sebab pertama sebab kat Putrajaya Sentral ada bas ekspres untuk ke Kelantan dan Terengganu dan as you all know la kan, orang Kelantan ngan Terengganu beraya haji more than other else.

Sebab kedua, ialah orang yang nak jimat untuk ke KL Sentral dengan melambatkan perjalanan mereka 30 minit. Menaiki ERL secara terus dari KLIA ke KL sentral, tambangnya ialah RM32.00! Tapi, dari KLIA ke Putrajaya Sentral, tambangnya ialah RM6.50 manakala dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral ialah RM9.50.

Hanya dengan turun di Putrajaya, keluar dan beli tiket transit untuk ke KLIA yang akan tiba 30 minit kemudian, anda hanya membayar tambang sebanyak RM16.00 dari KLIA ke KL Sentral dengan tempoh masa keseluruhan termasuk 30 minit 'lagging' ialah 1 jam 5 minit.


Sambung balik cerita : ERL KLIA Transit 9.35 malam, 25.11.2009 yang berhenti di Putrajaya Sentral tu cuma bukak pintu selama 7 saat dan sikap sopan santun orang Malaysia yang suka membenarkan penumpang turun terlebih dahulu, TIDAK BOLEH DIPAKAI di KLIA Transit!!

Aku yang mencelah semasa orang turun merupakan satu-satunya penumpang yang berjaya naik manakala hampir 10 lagi penumpang kontrol adap, terpinga-pinga bila pintu ERL ditutup.

Aku yang kesian melihat keadaan tuh, punya la tekan button pintu tu suruh bukak tapi tak bukak-bukak. Tren berlalu. Next train ialah jam 10.05 malam. Jika mereka menaiki tren yang aku berjaya naik ni, mereka akan sampai Bandar Tasik Selatan pada jam 9.45 malam dan untuk ke KL Sentral. akan tiba pada jam 9.55 malam.

Kesian kan?

Yang aku marah sampai rasa nak komplen kat pengurusan ERL ni ialah, tren ni dipandu manusia. Jika pemandunya sangat biadap seperti ini, maka dia mengajar kami para penumpang untuk bersikap biadap sama.

Maknanya, bila pintu tren dibuka, kami terpaksa merempuh penumpang yang hendak keluar. Jika mereka tidak dapat keluar, adakah kami patut dipersalahkan kerana kami mengejar masa?

Bagaimana pula mereka yang ketinggalan tren ini? Jika mereka menganggap masa mereka adalah emas, rasanya harga cermin ERL yang dibaling batu berderai pun masih tak dapat menandingi harga masa mereka yang diabaikan oleh pemandu dan para penjaga trafik KLIA Transit ini.

Kepada para penumpang KLIA Transit, lepas ni, jangan kontrol adap yer. Pastikan anda BERSIKAP BIADAP demi survival dan masa anda yang berharga.

Tuesday, November 24, 2009

Lapan tahun idak ler lama maner. Tetapi, lapan tahun boleh menjadikan seorang koma, idup semua dan cergas bermain futsal, lapan tahun boleh membuatkan seorang lelaki lembut menjadi perempuan, lapan tahun boleh menyebabkan sepasang kekasih yang pada mulanya memadu asmara siang malam sebelum kahwin akhirnya berpisah dengan anak masih sekolah rendah.

Ini kali, dipertontonkan koleksi 8 tahun yang mana ianya merupakan 8 gambar yang mula diambil menggunakan DIGITAL CAMERA dan meninggalkan zaman kamera berfilem.

Kamera digital ni dulu mahal yer. Tu, gambar 2002 diambil masa duk Pantai Dalam. Itu jam, kerja di PJ Oldtown. Kamera jenama entah hapa ni harganya RM1K jugak. Gambar macam lahanat. Kan?

Gambar 2003 plak ialah gambar amik di Hotel New Pacific, Kota Bahru, Kelantan masa mula-mula kerja gomen. Itu jam baru lapor diri, terus dorang hantar jadi urusetia bengkel. Hehe. Itu jam jugak la first time aku naik kapeitrobang. Segala doa aku baca nak naik kapeitrobang tu. Maner la tau trompeh ye tak.

Gambar 2004 tu pulak, masa aku dalam flight malam balik KL dari Kuching. Sama jugak, aku jadi urusetia bengkel. Itu jam dah ader la nampak pengisian ke atas muka aku kan. Tak payah panggil Zulfazli, jurumekap diva tuh. Diva ker? Haha.

Gambar 2005 tu pulak gambar kat ofis sebelum tukar nyer ofis tu ke Putrajaya. Situ best. Meja kerja penuh fail, PC kat belakang menghadap KLCC. Tingkat 22 pulak tuh. Huhu. Muka ada penambahbaikan lagi dari segi kuantiti isipadu. Wakaka.

Sementelahan itu pula, (mendaper sementelahan tu, aku pun tatau), gambar 2006 tu dah menyerlahkan lagi keberhasilan penambahan isi muka yang biasa dialami oleh pekerja-pekerja kerajaan menjelang beberapa tahun bekerja dengan kerajaan. Hahaha. Gambar tu diambil di Hard Rock selepas lampu kelab terpasang. Keadaan tergantung di situ.

Bagi gambar 2007, yang itu diambil semasa berdating kali kedua dengan seseorang yang dah takde lagi di dunia aku ni buat masa ni, dan diambil di Avenue K. Cermin mata yang dipakai aku tu memburukkan lagi rupa aku sebab menyerlahkan kebulatankampungpandanan muka aku yang sedia bulat itu. Huaha.

Manakala, gambar 2008 diambil semasa malam merdeka di sebuah kelab terkemuka di KL (terkemuka sebab pernah masuk TV yer..). Masa ni, aku dah reti untuk posing menyengih sebab aku rasa pipi aku telah mencapai isipadu yang mencukupi bagi membentuk satu raut wajah sengihan yang ... boleh la.. nak kata hensem, turki paling hodoh kat istanbul pun lagi hensem dari aku.

Dan gambar 2009 diambil semasa hari jadi Chumie di News KTV Imbi. Awal tahun la pulak ye. Takpe. Asalkan 2009. Pada ketika ini, posing sengih menjadi identiti aku dah. Hahaha.

Sunday, November 22, 2009

For Chinese, rattling skeleton in the grave is a proverb for the condition of one's ancestor in the grave when he/she did an emberrasing thing considered tarnishing his bloodline.

Teoh Beng Hock is now experienced the materialization of a proverb which happens as how it said. Did TBH is a lesson for Chinese to learn on explicity limit that actually imposed on every human. When wedlock, an assigned fixed principle for human civilization, are neglected, a life on the uncivilized are surely had a cost to bear.

TBH remains has been digged out of his grave on 21.11.2009 by law, for further forensic investigation. It is what that has been required by the foreign expert on forensic investigation that has been called into the probe.

Say, the inquest will take forever, doesnt it efficient to have TBH laid in forensic lab? It was his destiny. He is being tortured by the clan kings to ensure he would be busy even after his death.

It is no more dirts in Selangor government. It turned into rubbish from dirts in an enourmous speed. TBH is being used now even on his skeletal remainings, to ensure that they can patch up holes that will disguise their greediness. Who they are and what will they do is not considered during the 12th GE 2008.

TBH is gone. He left his skeleton. It is truly rattling now. If this is a form of lesson to learn, what can we get from it? Does there is a notorious immoral politician that wants TBH skeleton rattling? Poor for his out-of-wedlock baby that will having a rattling bloodline in the grave long before this baby starts talking.

For the national government i.e. the federal ruler,TBH is a goldmine that now is a forbidden territorry eternally. They need him to overthrow the incompetent Selangor government. Who kill TBH?

Friday, November 20, 2009

Adakah cuaca tidak boleh lagi diramal? Mengikut ramalan bulanan bagi bulan November 2009 oleh Jabatan Meteorologi, kawasan Lembah Beriah yang menjadi mangsa deruman hujan hingga berlaku banjir di Kerian, diramalkan hanya menerima hujan antara 200 hingga 250 mm sepanjang November.

Tetapi, hari ini, yang kita ketahui, kawasan tersebut telah dilanda banjir dan ramai penduduk terpaksa dipindahkan dan ini menunjukkan bahawa taburan hujan dikawasan tersebut adalah tinggi.

Kedah yang diramalkan mengalami taburan hujan yang rendah bagi bulan ini pada hakikatnya, turut mengalami banjir seperti yang kita ketahui melalui media massa.

Tetapi, itu adalah ramalan melalui fakta cerapan setiap tahun dan unjuran dibuat bagi menentukan sesebuah ramalan.

Bagaimana pula dengan khabar angin yang tersebar di internet yang menyebut Kuala Lumpur akan dilanda ribut salji atau hujan batu atau mana-mana satu antara kedua-duanya, pada jam 7 petang 20 November 2009!

Lihat petikan emel dibawah :

I don’t intend to cause alarm but I think I need to share this with
everyone. Whether this is a hoax or otherwise; as a precaution, may be
good to have some warm clothings on hand and be home early on Friday,
20th November 2009.

Rumours are surfacing about a freak winter storm that is expected to
hit the Kuala Lumpur city centre on Friday, 20 November 2009 at around
7pm.

Being near the equator, KL has never experienced such a cold weather
phenomenon and residents used to the hot and humid weather are warned
to take serious precautions.

Reliable sources think that there are reasons to believe these rumours
following some unusual weather-related events that many parts of the
world have experienced in recent history.

Those who have never experienced extreme cold weather are advised to
stick close to one another for support. I suggest reading this article
on How to Survive Being Stranded in Snow and other similar ones you
can find easily on the internet.

As I personally know some of these sources, I will send out further
notices as we get closer to the anticipated event.

Remember, mark 20 November 2009 in your diaries. In such an
occurrence, there is safety in numbers so stay close to one another,
especially after office hours.


Ini bukanlah sesuatu yang boleh dikira penipuan bijak pandai kerana tidak ada fakta yang boleh menyokong apa yang disebut oleh penyampai berita menipu ini.

Emel ini tersebar sejak beberapa minggu lalu dan adalah mustahil untuk penghantar emel ini dipercayai kerana emelnya langsung tidak disertakan fakta-fakta klimatologi.

Malangnya, khabar angin ini tersebar ke seluruh Lembah Kelang dan mempengaruhi pemikiran anak-anak kecil sehingga mereka dibingungkan dengan kesedaran orang di negara ini mengenai iklim dan cuaca.

Namun, melihat kepada ramalan jabatan Metorologi yang meleset dan 'hoax' yang disebarkan melalui internet, jelas bahawa keadaan iklim hari ini adalah sesuatu yang tidak boleh diramal lagi.

Wednesday, November 18, 2009

Sejam di facebook Datuk Seri Najib, saya telah automatik menjadi tukang jawab yang tidak dianggap. Tak mengapa, asalkan saya dapat menjelaskan secara "dari rakyat untuk rakyat". Berikut adalah komen-komen saya pada posting terkini di situ yang menempelak para pengkomen yang bagi saya "mencerminkan tahap pemikiran rakyat Malaysia" yang mengundi pembangkang di negara ini.


Despite of whining for more places in here and that, please be noticed that our country is facing a greater threat to the whole system..

THE IGNORANT OF THE PEOPLE IN THE ECONOMIC REENGINEERING EFFORT!

We must whoheartedly support the government in acheiving the 5% economic development or else we will just a spectator of the Indonesian rise.....

BUY MALAYSIAN MADE.. GENERATE OUR ECONOMY!
57 minutes ago · Delete · Report



Most unwanted people of the nation is the people that never have the Korean attitude.. they can go to streets to pull down the ruling govt... but they can also surrender their jewelleries to avoid the succumb of their economy ..

unfortunately we are having citizen that whining alot on petty issues..

i hope that malaysia wouldnt be lag behind in disasterous degree... to the extent of even a country that famous with the low transparency index will attain higher achievement in prosperity!
55 minutes ago · Delete · Report



Kalau isu JKN Sabah, maka tempelaklah Pengarah Kesihatan Sabah.. dengan membawa isu remeh tersebut ke depan pintu rumah kepala pentadbir.. seolah olah sekadar itulah cara rakyat malaysia berfikir.. agak memalukan.. tetapi masih boleh diperbaiki..

(bila masa plak aku jadi jurucakap datuk seri ni.. :).. memandai je.. ahaha )
50 minutes ago · Delete · Report



Verily.. we are in a crucial situation when we talk about having a quality citizen... they are having a thinking that can be a funny yet worrying .. they could even look for PM's fb to report on leaking pipe etc.. they humiliate their own leader with their discretion ability.. not a flabbergasted things when you look on how malaysian are sometimes act unwise in many areas..
44 minutes ago · Delete · Report



royalti minyak kelantan? rasanya zon carigali dalam EEZ.. kalau sebatang jalan terbina depan rumah kita.. jalan tu kan milik kita jugak kaa? wang ehsan pun x syukur ke? kalo tak syukur, pakai duit tu, buat beli player EPL tauk dlm team kelantan .. hantar balik dua ekoq 'jentera' Ipoh tu balik.. :)
25 minutes ago · Delete · Report



Inilah contoh rakyat yang tak reti cemaner nak jana ekonomi.. biar rakyat senang... negara mundur... move to somewhere else.. tanyalah apa yang kita dah bagi kat negara daripada apa yang negara dah bagi kat kita..

jenis dah senang nak senang lagi adalah weeds yang merosak the whole plantation
21 minutes ago · Delete · Report



Ketahuilah bahawa indonesia sedang bangkit ekonominya... negara tidak lagi 'mewah' untuk orang asing... makin ramai masuk halal keluar haram kat pintu2 negara.. NAGRA MEMERLUKAN RAKYAT YANG TAHU PERANAN MASING-MASING..

bukannya nyamuk yang sentiasa berdengung ditelinga...
18 minutes ago · Delete · Report



Banyaknya rakyat malaysia yang tak dapat gambaran betapa tenatnya ekonomi negara... dan betapa negara dalam keletihan setelah mengambil segala pendekatan untuk naik dari -6% pertumbuhan ke -1%..

jalan masih panjang... anak2 tak paham... yang dia tau.. dulu boleh beli susu dugrow.. awat la ni.. minum susu timbang..

the country is in dire straits in regain it momentum after a hectic run.. support our country... jangan pikir perut sendiri banyak sgt..... Read More

tapi kepimpinan SEMEMANGNYA melalui teladan.. should be noted la kan..
5 minutes ago · Delete · Report

Monday, November 16, 2009

Dunia dimomokkan dengan kejadian 'kiamat' pada tahun 2012 dan lebih tepat lagi, pada tarikh 20 Disember 2012. Secara kebetulan ataupun tidak, itu merupakan tarikh lahir yang didaftarkan oleh mantan PM, Tun Mahathir, yang sebenarnya lahir pada 10 Julai.

Pada tarikh tersebut kononnya, kemusnahan besar-besaran bakal terjadi berdasarkan dua ramalan rekayasa almanak Maya dan tulisan Nostradamus.

Hakikatnya, momokan itu diceriterakan pada umat Islam dan umat 'bukan mereka' di seluruh dunia dan ini merupakan gerakan halus yang merosakkan akidah Muslim tanpa penganut Islam itu sendiri mengetahuinya.

Sebenarnya, kepada 'golongan mereka', tarikh itu digambarkan sebagai saat berakhirnya dunia lama yang mana peralihan ke dunia yang baru sedang mengambil tempat.

Ia disebut zaman keemasan, zaman kegemilangan, zaman keagungan malah disebut zaman kemakmuran total yang tidak pernah dikecapi oleh manusia.

Ia juga diceriterakan dalam bentuk hingga merosakkan pemikiran umat yang berpegang kepada agama wahyu bahawa saat itu, 'Nabi Isa' akan turun dan memerintah bumi. Dari itulah disebutkan zaman bermula 2013 sebagai zaman keemasan.

Ketahuilah bahawa kuasa memiliki senjata pemusnah besar-besaran itu hakikatnya ada pada negara-negara yang berpegang teguh pada 'teori 2012' ini. Andai kata nuklear digunakan untuk menggerakkan plat tektonik, sudah tentu tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi dapat diadakan serentak di mana-mana.

Hakikatnya, pembangunan senjata teknologi tinggi selama 50 tahun ini tidak pernah diketahui untuk apakah tujuannya selain demi satu wawasan. Maka itulah yang perlu dinilaikan hari ini.

Tetapi, disebalik itu, ramai yang mengetahui bahawa angka keramat gerakan iluminati Freemason adalah 13. Apakah 1 Januari 2013 iaitu 11 hari selepas 'bencana' 2012 itu berlaku, zaman keemasan yang mereka dambakan itu akan bermula. Jika demikian, tahulah kita bahawa siapa dalang disebalik ketahyulan kronik yang membunuh ini.

Umat Islam yang berpegang kepada hadis Rasulullah pastinya percaya akan datangnya Dajjal yang akan berpura-pura dengan jayanya dalam meyakinkan dunia bahawa dialah 'Nabi Isa' yang ditunggu-tunggu. Dikatakan Dajjal akan memerintah selama 7 tahun dan mengikut Protokol Zionis, 'raja sekelian alam' mereka akan memerintah dari ' Takhta Nabi Daud ' di Israel.

Jika 1 Januari 2013 menjadi titik mula, pengakhirannya tentulah pada 31 Disember 2019. Dan kegemilangan sebenar sebuah kebenaran yang datang untuk mengatasi kebathilan pastinya pada hari berikutnya iaitu 1 Januari 2020 atau sekitar tahun tersebut. Ini sekadar teori penulis yang boleh dipertikaikan. Penulis sendiri skeptikal berhubung perkara ini.

Perkara ini telah menjadi polemik melampau dan percambahan rekayasa yang meyesatkan terus berlaku di mukabumi hari ini. Jadi, amatlah beruntung bagi manusia yang berpegang teguh kepada tali Allah dalam mengharungi hari mendatang.

20 Disember 2012 tetap akan datang dan dengan izin Allah, sebilangan manusia dilihat mampu untuk memfitnah zebahagian lain dan memperoleh kemenangan dengan keberadaan mereka hanyalah dalam kesesatan. Fitnah kali ini mungkin dirancang sebagai yang kesekian kalinya dengan kemusnahan-kemusnahan muka bumi dari tangan mereka sendiri.

Wallahualam Bisawab.

Dipetik dari Ipoh Malay

Sunday, November 15, 2009

Wohhooo... lama sih ga update blog! Ye la.. sejak blogger takleh nak diakses dari ofis yang maha totalitarian tu. Memula takleh akses facebook. Takpe, pakcik sabau, then takleh akses Yahoo Mail.. dengan alasan ada YM dalam tuh... takpe, pakcik sabau... skang takleh akses www.blogger.com .. ini ya memang bener2 buat pakcik marah. Mana boleh camni!! ( Bapak marah? Nanti bapak kena jual...) Tidak.. bapak tak marah nak.. block lah.. block lah semua web yang ada......(tiru dialog Ahmad Nisfu dalam cerita 3 Abdul yer)

Sejak 4 bulan lepas, aku dah tak gi clubbing kat KL ni. Kat Ipoh jangan tanya la yer. Hehehe. Sebab kat Ipoh tu ala2 TYT plak raso eh. kalau balik drive, ada yang nunggu kat tol. Kalo balik bas, ada yang tunggu kat Medan Gopeng. Heaven ibnu Paradise kata orang. Kalau jawatan aku ni ada wujud kidam bako kat Ipoh tu kan, dah lama aku dikejutkan oleh emak aku tetiap pagi.

Inilah tempat kami-kami kat Ipoh membuang masa sambil tengok Live Band. Green Bar II.


Tapi sebab jawatan tu tak ada, maka tersadailah aku kat Putrajaya ni sampai pencen. Tapi apapun, aku tetap pengen sih nak beli tanah kat Perak. Kalau ikut plan aku yang tengah diwar-war-war ni, sebelum 20.12.2012, aku nak beli tanah kat Tapah Road, tepi stesen keretapi. Hehehehe. Senang nak ke KL, senang nak ke Ipoh.

Dekat pokok nyior belakang tu lah tanah yang aku tengah aim.


Tapi, kalau kat KL ni, aku dah apply untuk duk kuarters. Wawawauu. Kuarters untuk orang bujang kini tidak lagi berkongsi dengan para bujangan yang lain yer. Bujangan. Sebut betul-betul ye. Salah sebut, bunyinya BAJINGAN.

Bila dah dapat rumah sebiji ... yang aku dengar.. kat Presint 15...tuh... Haha.. tiada apa yang dapat aku bayangkan selain dari sebiji TV leper melekat kat dinding, properti-properti peribadi seperti peti sejuk sama tinggi dengan aku hakmilik sendiri, mesin basuh berkilo kilo hak milik sendiri, katil king size matress hak milik sendiri, katil bujang di dua bilik tetamu hak milik sendiri sofa hak milik sendiri, pokok bunga yang memflorakan rumah aku macam hutan hujan hak milik sendiri.. di dalam sebuah rumah yang bukan hak aku, tapi hak kerajaan. Wakaka.

Kuarters Presint 15 yang dah siap! Wau!


Itulah perancangan aku untuk tahun 2010 yang menyaksikan pertumbuhan negara diunjurkan sebanyak 5%, dan aku pun bakal menyumbangkan kepada pertumbuhan itu dengan perbelanjaan-perbelanjaan domestik yang melampau-lampau itu. RM5000 camtu cukup lah. Lebih-lebih ko hengat aku haper? Yang Menteri Kewangan Kedua tu, Ahli Parlimen Tambun. Bukannya aku. Wakaka.

Dipanjangkan lagi merapu meraban ini ialah dengan isi-isi yang berkisar tentang kawan-kawan dua tahun aku yang aku sayangi, tetapi semakin jauh dari pandangan aku yang rabun ini. Insan yang tersayang telah berlalu 3 kali melalui 3 sesi. Sesi terakhir dah berlalu 8 bulan lalu. Sesi seterusnya adalah sesi 'born-on-the-silver-plate' atau kata orang Melayu.. "cuci kaki". Tapi kaki mana yang nak dicuci tu belum lah ada lagi. Sebab apa belum ada? Sebab ga punya masa sih mau nyari. Lagi bikin penasaran, mendingan gw santai ginian. Single Not Mingle.

Biar cuci kaki masuk rumah laki yer. Jangan sekali-kali cuci kaki masuk rumah bini. Sangat kekejian lah kalau begitu. Tapi untung nasib makhluk, Sang Penciptanya jualah yang tentukan. Kan?

Pastukan, teringin jugak la nak tukar kereta lain. Syy.. Kang terdengar dek kereta aku tu kan, kecik hati dia. Dah la saiz dia pun kecik. Tapi awas, sebelum tukar kereta lain, mintak tolong Menteri Kewangan Kedua handlekan kewangan aku dulu lah kan. Haha. Bila dah dok kuarters esok, gaji dah kena potong RM330 sebulan. Tapi OK la kan. Rumah tahap apartment, dok bayar RM330 je. Sapa nak sewa, lain cerita. Ingat nak sewakan satu bilik kat Yus la. Yus JPM tu. Dia pun kata set. Maka dah ade la penyewa salah satu bilik aku kan. Yus mana?? Ala.. yang gitu-gitu tu...Bukan Hei Ladies ye... Tapi Laki2. Tapi awas.. dia sudah berpacaran..

Sejak dua menjak ni aku pun dah jauh dari kawan-kawan terbaik aku selama 2 tahun. Aku tau dah konsep frenship is forever AND also seasonal. Kan. Ikut musim la. Memang hujan tu kan sentiasa turun. Tapi kalau kemarau, non ado jugak ujan kan. Kena-kena pulak kat belah-belah Afrika. Hujan seminggu, kemarau 53 minggu. Wakaka. Hadapi sajolah. Skupang tak rugi. Korek telaga, sedut je air bawah tanah. Tak pun, berpindah je la kan ke kawasan Oasis. Hahahawau je.

Selain tu jugak, aku pun dah malas amat sih mau bersosial bagai. Mendingan aja gue utamakan diri gue sendiri ketimbang orang lain. Ye la. Orang lain pun ader ke peduli sama aku. Masa susah, masa sesat, masa tak jumpa jalan, memanglah kita ni dicari sebab nampak 'lampu suluh' ada kat tangan kita. Tapi bila dah jumpa jalan, mak oi, merempit superman bagai. Tinggal la kita lima enam tiang. Anak muda. Biorkan. Esok 'motor' dah 'kondem' pandai-pandai la nak idup. Kalau jumpa 'pomen' lain pun kot kalo 'pomen' tu boleh membaiki.. Dibuatnya menjahanamkan lagi, meraban teben la sendiri. Hujung-hujung pomen yang mula-mula gak dicari. Akhirnya, bagai 'mat rempit' pulang ke pomen la kan.

Rempitlah nak.. selagi mau..


Terlanjur merepek sekali sekala ni, bolehlah aku merepek tentang kesibukan aku menjadi tentera-tentera Malaysia tak bergaji dalam bergaduh mulut ngan tentera-tentera Indonesia tak bergaji kat topix.com. Best jugak kat sana. Tapi bahasa aku kasar gila la kat sana. Ada aku kesah. Lantak la. Yang penting, aku dah menunjukkan tahap patriotisme yang tinggi terhadap negara aku, berbanding korang, korang dan korang. Cewah. Tapi ada satu fakta yang aku dapat, dan bila aku bagitau kat orang sekeliling aku, dorang tak percaya. Perkembangan ekonomi Indon sangat pantas buat masa ni sedangkan ekonomi kita digugat oleh Krisis 2008-2009. Apa yang komer tak percaya sangat? Tu la, lain kali bukak sikit mata.

Kebajinganan forumer-forumer dua negara..

Kalau Indon terus kekal macamtu untuk 5 tahun, dan kita kekal terus macamni untuk 5 tahun, KL akan bertukar jadi Jakarta 5 tahun lepas dan Jakarta akan jadi KL 5 tahun akan datang. Kiranya, yang dulu keje bank pakai keter hidup eksen, akan jadi penjual Mee Calong ke, Mee Kari ke.. main tolak-tolak lagi gerainya kat merata-rata KL. Ngeri bukan? Jadi, berusahalah kita untuk memakmurkan ekonomi negara kita dengan menyokong pembelian barang-barang Buatan Malaysia.

Itu je lah. Malas nak panjang-panjang. Bukan korang baca pun. Hahaha. Gudnite.

Friday, October 2, 2009

Kedudukan penempatan manusia di sepanjang pantai barat Sumatera pada masa depan adalah sesuatu yang mustahil untuk dizahirkan dengan teknologi yang ada hari ini.

Ini kerana, pada masa depan, pemanasan suhu global akan menambah beban kapasiti lantai laut untuk menerima tekanan berlebihan kesan pertambahan isipadu air akibat pencairan glasier.

Ini akan membuatkan tekanan mendatar bertambah dan ini membuatkan rabung-rabung tengah lautan yang bersifat mengembangkan plat-plat bumi menjalankan aktivitinya dengan lebih kerap.

Akibat dari ini, kekerapan pembetulan plat tektonik pada pinggir subduction zone berlaku dengan cepat. Pada subduction zone ini, hanya Padang yang masih berdiri sebagai sebuah kota dan lebih merunsingkan, kota di ambang bahaya.

Walaupun impak terperosok (subducted) akibat pengembangan lantai luatan ini meliputi semua jurang-jurang lautan, Padang merupakan petempatan bertamadun paling dekat untuk hentaman sisi menunjukkan kuasanya. Padang hakikatnya berdiri di atas zon penyerap beban Lautan Hindi yang gigantik.


Bukan sahaja pembetulan tektonik gelincir sahaja yang menjadi igauan buruk Sumatera. Zon sesaran ditengah-tengah Sumatera itu belum lagi memperbetulkan kedudukannya sehingga hari ini. Lihat gambar di bawah. Anak panah biru menunjukkan kawasan pembentukan muka bumi bertebing tinggi dan anak panah hijau menunjukkan arah ricihan. Tanpa gempa bumi ricihan tersebut, zon ini masih menyimpan tenaga yang belum dilepaskan.


Sesaran inilah yang membentuk ngarai-ngarai dan tebing-tebing tinggi di Banjaran Barisan.

Hakikatnya, Malaysia perlu juga mengambil langkah peka terhadap ancaman gempa bumi berpusat di Semenanjung. Sehingga kini, belum ada kepastian bahawa di dasar semenanjung, tiada pembetulan mampatan atau ricihan yang menggegarkan pemukaan akan berlaku.

Mungkin, kitaran tenaga terpendam di Semenanjung menjangkau ratusan tahun tetapi, umum mengetahui, tiada rekod mengenai gempa bumi di Malaysia sebaik sahaja rekod-rekod alam sekitar diwujudkan, hingga ke hari ini.

Apa mungkin memang wujud satu tenaga terpendam ratusan tahun sedang menanti titik kegagalan untuk bertahan lalu terganjak. Mungkin di Bukit Tinggi yang kerap digegarkan gempa di bawah 3 pada skala Richter.



Fakta ini menjadi sebab yang jelas bahawa standard pembinaan perlu di perbaharui di Malaysia.

Adakah kita sedar bahawa Padang baru sahaja mengalami pembetulan tektonik dengan gempa sekuat 6.5 pada skala Richter beberapa ketika yang lalu.

Ini menunjukkan trend tidak sihat apabila gempabumi menjadi kerap dan pemampatan akan berlaku dengan aktif. Mungkin saat itu, Semenanjung Malaysia akan turut memasuki zon gempa Lingkaran Api Pasifik.

Seharusnya satu kajian yang jitu perlulah dibangunkan oleh cerdik pandai di rantau ini bagi membolehkan manusia berevolusi dengan alam dan tidak hanya berantakan hanya kerana isu-isu yang remeh.

Monday, September 21, 2009

Hari Raya 1430H sebenornya, sama je ngan raya-raya aku sebelum ni. Cuma raya kali ni, aku saja je menempah kekelamkabutan dengan sesuka hati aku je balik Ipoh jam 6.00 pagi Hari Raya Pertama.

Sangat gilebabi tindakan itu sebab bila aku masuk je highway, kenderaan-kenderaan berkuasa tinggi telah memakbapakkan lebuhraya PLUS itu dengan pecutan melebihi 150 km/j dek kerana mengejar tol murah sebelum 7.00 pagi.

Aku meneruskan pemanduan sentimental aku di sebalik panggilan telefon dari adik aku, kawan-kawan aku yang semuanya kehairanan dan kesedihan bila aku tak muncul pada malam raya.

Sebenarnya uals, malam tu aku membatukan diri kat rumah kawan aku si Ijan yang gagal pulang ke Sibu. Aku lebih kesian kat dia. Tapi masalahnya, rumah opahnya terletak kat Bota. Puas aku pujuk dia balik, dia enggan. Akhirnya aku menumpangkan adiknya yang seberat 135kg itu dan selewat-lewat orang balik beraya, lewat lagi kami pulang.

Alhamdulillah, aku sampai rumah jam 8.00 pagi, terus mandi dan pergi surau, bayar zakat fitrah, sebelum solat Aidilfitri bermula jam 8.45.

Pagi itu, Ipoh sangat mendung tetapi tidak bererti hujan. Suhu hanya sekitar 25 Celcius sampai tengahari. Amat heaven yer. Amat-amat heaven. Hasil membatu malam tadi kupertambahkan pula dengan mengkayu tanpa henti.

Akhirnya, penantian aku paling crucial pun termakbul. Kedai mamak port lepak aku dibuka menjelang jam 2.00 petang dan ini membolehkan aku melantak nasi bagi menutup rasa muak aku ke atas hidangan-hidangan raya.

Tuesday, September 15, 2009

12.43PM Jalan Kuching menuju Highway ke Pantai Timur.

1.58PM Melintasi Bentong, Pahang

2.28PM Melintasi Raub, Pahang

4.20PM, Menghampiri Merapoh, Pahang .. ada gunung seketul..

4.21PM, Comelnya rumah dia.. Sebuah rumah ditengah-tengah Semenanjung...

5.10PM, R&R Gua Musang, Kelantan. 294km telah ditempuhi.

5.15PM, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, Kelantan

5.31PM, Jalan Gua Musng - Kuala Krai, Kelantan

5.58PM, Melintasi perkampuangan menjual lemang, berhampiran Kuala Krai, Kelantan.

6.22PM, Melintasi Kuala Krai, Kelantan.

6.38 PM, Singgah membeli juadah beberapa kilometer selepas Kuala Krai.

6.51PM, Sawah padi di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu.

7.34PM, Singgah berbuka kira-kira 20km dari Kota Bharu.

10.43PM, Selesai urusan di Pengkalan Chepa, singgah di Wakaf Che Yeh.

10.45PM, Try sotong katuk bakar tengok...

10.52PM, Bebola keropok lekor yang lembut.. try jugak..

11.11PM, Jualan-jualan...

11.23PM, Pemandangan-pemandangan...

2.06AM, Eh.. cuba tengok gambar 5.10PM tadi..

4.20AM, Singgah sahur kat sini...

4.34AM, Sedia untuk dijamah....

7.30AM, Sampai KL dah.. MRR2 pun jem cam najes..

Kesimpulan : Penak nok mapuh!

Saturday, August 29, 2009

Ya, setelah hampir langsung tidak bersuara mengenai Indonesia, penulis kali ini terpanggil untuk membuat komentar sini atas apa yang telah berlaku baru-baru ini melibatkan gangguan lagi ke atas hubungan Malaysia-Indonesia.

Tindakan kebudak-budakan Menteri Pelancongan Indonesia yang mewakili 220 juta penduduk Indonesia mengutuk MALAYSIA berkenaan di iklan National Geographic mengenai promosi pelancongan negara ini seolah-olah mencerca pemerintah Malaysia secara langsung walhal kerajaan Malaysia langsung tidak terlibat dalam urusan pembikinan iklan tersebut.

Kekhilafan yang berlaku adalah atas sikap cuai pihak penyiar dan pembekal bahan siaran tetapi bunyi kata-kata 'seorang jagoan sekolah yang mahu berlagak samseng' seperti Menteri Pelancongan Indonesia agak memalukan. Mungkin hanya menteri jenis ini yang terhasil dari demokrasi jalanan.

Walaupun 70% jenayah yang berlaku di Malaysia diilhamkan oleh tenaga kerja Indonesia dan penyelinap Indonesia , sentimen membenci negara tetangga tidak ada dalam pemikiran rakyat Malaysia berbangsa Melayu berjumlah 60% dari populasi Malaysia.

Rakyat Indonesia sebenarnya adalah kaum gasar yang dahagakan persengketaan tidak kira dari yang tinggal di bawah jembatan layang sehinggalah yang tinggal di rumah-rumah agam.

Maka mungkin kerana ianya dipupuk oleh sikap bangsa Indonesia itu sendiri yang agak gasar. Sikap di mana mereka hanya dahagakan perselisihan dan terlalu punya banyak masa untuk melaung-laungkan api pergaduhan.

Akhirnya, terjadilah situasi seperti pada tahun-tahun konfrontasi 60an di mana askar Indonesia yang dihantar ke pantai-pantai Johor akhirnya enggan berperang dengan Malaysia kerana mereka mendapati Melayu-Melayu keturunan Jawa yang banyak tinggal di pantai barat Johor, yakni sama keturunan dengan mereka yang hendak mereka perangi. Ini membawa maksud bahawa tentera-tentera Indonesia itu sendiri tidak tahu bagaimanakah Malaysia itu pada hakikatnya.

Begitu jugalah kebanyakan rakyat Indonesia hari ini yang tak pernah kenal Malaysia, apatah lagi menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah tiba di sini, merekalah yang seboleh-bolehnya sedaya upaya mencari jalan untuk tinggal dan bekerja melebihi tempoh masa yang diizinkan.

Kebanyakan rakyat Indonesia yang menjadi jagoan dalam membawa aspirasi menentang Malaysia rata-rata merupakan rakyat Indonesia yang ketandusan ilmu Geografi, Kependudukan, Antropologi, apatah lagi peluang untuk mengkaji negara Malaysia di bumi Malaysia sendiri. Mereka lebih malang jika dibandingkan dengan rakyat mereka yang tinggal di kampung-kampung yang lebih berpeluang merantau ke Malaysia mendapatkan rezeki dengan berlipat ganda.

Kebanyakan penyokong agen permusuhan ini terdiri dari golongan belia di bandar-bandar utama yang tertimpa dengan masalah kurang gaji, pengangguran dan penindasan puak konglomerat. Mereka juga mempunyai irihati terhadap kemampuan rakan senegara mereka yang berkemampuan setelah berpeluang bekerja di Malaysia. Justeru, secara psikologinya, kecaman MALINGSIA, MALINGSHIT, MALAYSIAL dan segala kecaman puak tak bertamadun yang sebenarnya dimaterialkan untuk melangsiri rasa iri hati yang amat.

Selain itu, cara stereotyping orang Indonesia terhadap setiap rakyat Malaysia menunjukkan mereka tidak memahami langsung negara Malaysia itu sendiri.

Seperti contoh, pekerja-pekerja wanita Indonesia enggan bekerja dengan orang Melayu yang kononnya tidak sekaya Cina, ada diantara mereka di dera oleh majikan berbangsa Cina itu dengan deraan yang zalim. Yang dihentam Indonesia ialah orang Melayu yang memerintah negara.

Sebenarnya, rakyat Indonesia agak buta demografi negara tetangga dan hanya diperhangatkan sentimen mereka oleh media-media Indonesia yang bersikap pengadu-domba.

Akibatnya, rakyat Indonesia berpemikiran bawahan akan menjadikan isu-isu ini sebagai isu yang sangat sensasi kerana keinginan mereka untuk melihat peperangan negara sebangsa seagama itu sangat tinggi.

Pada detik bilakah mereka akan meletakkan perkara remeh ini ke tepi dan memikirkan bagaimana usaha untuk memajukan ekonomi mereka sendiri dan bergerak bersama kemajuan ekonomi sejagat? Selain dari masuk ke Malaysia dan melaykukan jenayah merampok, meragut dan memecah rumah yang gede-gede?

Benarlah kata bijak pandai yang berbunyi, semakin ramai penduduk sesebuah negara, semakin ramai orang-orang yang bodoh dan bangang terdapat di negara tersebut.

Thursday, August 27, 2009

Latest statistic shown that there is 1,995,040 Facebook users in Malaysia until July 2009. With that figure, Malaysia ranked 21st in the number-of-user's list.

The Facebook penetration is on around 7.4% in Malaysia and considered low to compare with Singapore that stood at 22.7%, but the higehest penetration is Iceland with 46.9% and the lowest in the rankable list is China with 0.03%.

With the info that I get from Nick Burcher, it clearing the air in my mind that keep on thinking the number of Facebook users in Malaysia.

I thought it penetrates into not less than 25% of the population and actually it was not that terrible. Haha.

But still, the growth of the users in Malaysia was recorded at 342% per year but soon, Indonesia will be the massive users of Facebook as it growth percentage was at skyrocketing 2997.3% !

Anyway, I just have no idea on what to write down here as my blog has started to get 'bersawang'.

Monday, August 17, 2009

Boarding train? The most unreliable mode of transportation in the past.. in term of punctuality? No. I give A for the punctuality of this service yesterday! at least from Ipoh to KL. Hehehe.

Firstly, go to ticket counter. Of course la kan. Takkan nak pi ke Info Counter kot. The departure hall of Ipoh Railway Station is handsomely in full operation.

Wah. Macam amik ubat klinik yer. To buy the ticket, one should take a number and be seated waiting for the turn.

Hah! That is Tony Fernandez celup. He will be the KTMB CEO for low cost rail carrier company in future. Wakakaka.

Next thing is, wait for the train by looking northward at the station platform.

And wow! The train arrived 2 minutes earlier!

And when there is Muthusamy snoring out loud like the sound of the locomotive....

...go and find out another place to search for tranquility.

When KLIA Express used as a KLIA Transit...

... let it be as long as you can arrived Putrajaya Sentral accordingly.

Now I save RM8.00 by having the Economy Class 'rusty smell cabin' that cost RM10.00 for Ipoh-KL trip.

Sunday, August 16, 2009

SRK La Salle, Canning Garden.. my alma mater 1985 - 1990

This is the popular cc in Ipoh.. located at Bandar Medan Ipoh. Open 24 hours.. gerand!!

Joni's House landscape... *mahal nih..*


A 'masuk rumah' doa selamat was led by Ustaz Nazri.. the rock ustaz dolu-dolu masa muda-muda.




Kueh mueh @ Joni's house doa selamat...



Lauk-pauk @ Joni's House doa selamat





Eh.. this one liveband hangout @ Green Bar II


A must, RM2.20 Kedai Lieh's Koayteow Kicap


Huaa.. this RM10.00 Kembong Bakar @ Triple Seven Bandar Medan Ipoh


A real stone throw away from Joni's House gate, a.k.a the access road off the fence.


This one is RM9.00 Sorong Bakar @ Triple Seven Bandar Medan Ipoh

RM15.00 Pari Bakar @ Triple Seven Bandar Baru Medan Ipoh


Ipoh KTMB Station is now in full business..

Late Nite @ Kedai Kopi... near my house only..

 

blogger templates | Make Money Online