Thursday, November 26, 2009

Haish.. Putrajaya punya staff parking akan mula berbayar pada 1 Disember ini. Hanjeng kan? Di sebalik suart aku tulis kat Berita Harian yang dijawab PJH punya CEO, benda ini tetap berlaku. Nasib baik aku ada parking selit. F.O.C.

Ni nak cerita tentang kejadian kat ERL Cyberjaya Putrajaya semalam masa aku nak balik ke Ampang. Aku tak drive 3 minggu ni sampai ujung minggu depan sebab bagi adik pompuan aku pakai kereta. Dia kat UNISEL. So aku naik bas je. Cuma sebab semalam dah jam 8.00 malam, aku pun pikir untuk naik ERL.

Tren ERL untuk ke KL akan sampai setiap minit ke 5 dan ke 35 dalam satu-satu jam di jam ada tuh. Aku sampai naik Nadi Putra yang haram jayzee tuh setelah Metrobus dan RapidKL menuju ke arah KL langsung tak muncul lepas sejam tunggu. Tak ke pantat jahat kan? Kata suruh orang naik bas segala. Tapi prasarana amatlah sedih.

Ni cerita pasal ERL la. Lupa. Pasal Nadi Putra dan PJH nanti aku cerita.

Kisahnya aku sampai Putrajaya Sentral jam 9.20 malam. Jam 9.35 akan ada KLIA Transit ke KL sebiji. Oleh kerana perut aku sakit, aku pun memerut selama 8 minit sebelum lekas-lekas beli tiket ke Bandar Tasik Selatan yang berharga RM5.30 tuh.

Bila tren sampai, orang sangat ramai sekali yang turun dari ERL. Ada 2 sebab.

Sebab pertama sebab kat Putrajaya Sentral ada bas ekspres untuk ke Kelantan dan Terengganu dan as you all know la kan, orang Kelantan ngan Terengganu beraya haji more than other else.

Sebab kedua, ialah orang yang nak jimat untuk ke KL Sentral dengan melambatkan perjalanan mereka 30 minit. Menaiki ERL secara terus dari KLIA ke KL sentral, tambangnya ialah RM32.00! Tapi, dari KLIA ke Putrajaya Sentral, tambangnya ialah RM6.50 manakala dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral ialah RM9.50.

Hanya dengan turun di Putrajaya, keluar dan beli tiket transit untuk ke KLIA yang akan tiba 30 minit kemudian, anda hanya membayar tambang sebanyak RM16.00 dari KLIA ke KL Sentral dengan tempoh masa keseluruhan termasuk 30 minit 'lagging' ialah 1 jam 5 minit.


Sambung balik cerita : ERL KLIA Transit 9.35 malam, 25.11.2009 yang berhenti di Putrajaya Sentral tu cuma bukak pintu selama 7 saat dan sikap sopan santun orang Malaysia yang suka membenarkan penumpang turun terlebih dahulu, TIDAK BOLEH DIPAKAI di KLIA Transit!!

Aku yang mencelah semasa orang turun merupakan satu-satunya penumpang yang berjaya naik manakala hampir 10 lagi penumpang kontrol adap, terpinga-pinga bila pintu ERL ditutup.

Aku yang kesian melihat keadaan tuh, punya la tekan button pintu tu suruh bukak tapi tak bukak-bukak. Tren berlalu. Next train ialah jam 10.05 malam. Jika mereka menaiki tren yang aku berjaya naik ni, mereka akan sampai Bandar Tasik Selatan pada jam 9.45 malam dan untuk ke KL Sentral. akan tiba pada jam 9.55 malam.

Kesian kan?

Yang aku marah sampai rasa nak komplen kat pengurusan ERL ni ialah, tren ni dipandu manusia. Jika pemandunya sangat biadap seperti ini, maka dia mengajar kami para penumpang untuk bersikap biadap sama.

Maknanya, bila pintu tren dibuka, kami terpaksa merempuh penumpang yang hendak keluar. Jika mereka tidak dapat keluar, adakah kami patut dipersalahkan kerana kami mengejar masa?

Bagaimana pula mereka yang ketinggalan tren ini? Jika mereka menganggap masa mereka adalah emas, rasanya harga cermin ERL yang dibaling batu berderai pun masih tak dapat menandingi harga masa mereka yang diabaikan oleh pemandu dan para penjaga trafik KLIA Transit ini.

Kepada para penumpang KLIA Transit, lepas ni, jangan kontrol adap yer. Pastikan anda BERSIKAP BIADAP demi survival dan masa anda yang berharga.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online