Monday, November 16, 2009

Dunia dimomokkan dengan kejadian 'kiamat' pada tahun 2012 dan lebih tepat lagi, pada tarikh 20 Disember 2012. Secara kebetulan ataupun tidak, itu merupakan tarikh lahir yang didaftarkan oleh mantan PM, Tun Mahathir, yang sebenarnya lahir pada 10 Julai.

Pada tarikh tersebut kononnya, kemusnahan besar-besaran bakal terjadi berdasarkan dua ramalan rekayasa almanak Maya dan tulisan Nostradamus.

Hakikatnya, momokan itu diceriterakan pada umat Islam dan umat 'bukan mereka' di seluruh dunia dan ini merupakan gerakan halus yang merosakkan akidah Muslim tanpa penganut Islam itu sendiri mengetahuinya.

Sebenarnya, kepada 'golongan mereka', tarikh itu digambarkan sebagai saat berakhirnya dunia lama yang mana peralihan ke dunia yang baru sedang mengambil tempat.

Ia disebut zaman keemasan, zaman kegemilangan, zaman keagungan malah disebut zaman kemakmuran total yang tidak pernah dikecapi oleh manusia.

Ia juga diceriterakan dalam bentuk hingga merosakkan pemikiran umat yang berpegang kepada agama wahyu bahawa saat itu, 'Nabi Isa' akan turun dan memerintah bumi. Dari itulah disebutkan zaman bermula 2013 sebagai zaman keemasan.

Ketahuilah bahawa kuasa memiliki senjata pemusnah besar-besaran itu hakikatnya ada pada negara-negara yang berpegang teguh pada 'teori 2012' ini. Andai kata nuklear digunakan untuk menggerakkan plat tektonik, sudah tentu tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi dapat diadakan serentak di mana-mana.

Hakikatnya, pembangunan senjata teknologi tinggi selama 50 tahun ini tidak pernah diketahui untuk apakah tujuannya selain demi satu wawasan. Maka itulah yang perlu dinilaikan hari ini.

Tetapi, disebalik itu, ramai yang mengetahui bahawa angka keramat gerakan iluminati Freemason adalah 13. Apakah 1 Januari 2013 iaitu 11 hari selepas 'bencana' 2012 itu berlaku, zaman keemasan yang mereka dambakan itu akan bermula. Jika demikian, tahulah kita bahawa siapa dalang disebalik ketahyulan kronik yang membunuh ini.

Umat Islam yang berpegang kepada hadis Rasulullah pastinya percaya akan datangnya Dajjal yang akan berpura-pura dengan jayanya dalam meyakinkan dunia bahawa dialah 'Nabi Isa' yang ditunggu-tunggu. Dikatakan Dajjal akan memerintah selama 7 tahun dan mengikut Protokol Zionis, 'raja sekelian alam' mereka akan memerintah dari ' Takhta Nabi Daud ' di Israel.

Jika 1 Januari 2013 menjadi titik mula, pengakhirannya tentulah pada 31 Disember 2019. Dan kegemilangan sebenar sebuah kebenaran yang datang untuk mengatasi kebathilan pastinya pada hari berikutnya iaitu 1 Januari 2020 atau sekitar tahun tersebut. Ini sekadar teori penulis yang boleh dipertikaikan. Penulis sendiri skeptikal berhubung perkara ini.

Perkara ini telah menjadi polemik melampau dan percambahan rekayasa yang meyesatkan terus berlaku di mukabumi hari ini. Jadi, amatlah beruntung bagi manusia yang berpegang teguh kepada tali Allah dalam mengharungi hari mendatang.

20 Disember 2012 tetap akan datang dan dengan izin Allah, sebilangan manusia dilihat mampu untuk memfitnah zebahagian lain dan memperoleh kemenangan dengan keberadaan mereka hanyalah dalam kesesatan. Fitnah kali ini mungkin dirancang sebagai yang kesekian kalinya dengan kemusnahan-kemusnahan muka bumi dari tangan mereka sendiri.

Wallahualam Bisawab.

Dipetik dari Ipoh Malay

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online