Sunday, November 15, 2009
Sejak 4 bulan lepas, aku dah tak gi clubbing kat KL ni. Kat Ipoh jangan tanya la yer. Hehehe. Sebab kat Ipoh tu ala2 TYT plak raso eh. kalau balik drive, ada yang nunggu kat tol. Kalo balik bas, ada yang tunggu kat Medan Gopeng. Heaven ibnu Paradise kata orang. Kalau jawatan aku ni ada wujud kidam bako kat Ipoh tu kan, dah lama aku dikejutkan oleh emak aku tetiap pagi.
Dekat pokok nyior belakang tu lah tanah yang aku tengah aim.
Bila dah dapat rumah sebiji ... yang aku dengar.. kat Presint 15...tuh... Haha.. tiada apa yang dapat aku bayangkan selain dari sebiji TV leper melekat kat dinding, properti-properti peribadi seperti peti sejuk sama tinggi dengan aku hakmilik sendiri, mesin basuh berkilo kilo hak milik sendiri, katil king size matress hak milik sendiri, katil bujang di dua bilik tetamu hak milik sendiri sofa hak milik sendiri, pokok bunga yang memflorakan rumah aku macam hutan hujan hak milik sendiri.. di dalam sebuah rumah yang bukan hak aku, tapi hak kerajaan. Wakaka.
Kuarters Presint 15 yang dah siap! Wau!
Itulah perancangan aku untuk tahun 2010 yang menyaksikan pertumbuhan negara diunjurkan sebanyak 5%, dan aku pun bakal menyumbangkan kepada pertumbuhan itu dengan perbelanjaan-perbelanjaan domestik yang melampau-lampau itu. RM5000 camtu cukup lah. Lebih-lebih ko hengat aku haper? Yang Menteri Kewangan Kedua tu, Ahli Parlimen Tambun. Bukannya aku. Wakaka.
Dipanjangkan lagi merapu meraban ini ialah dengan isi-isi yang berkisar tentang kawan-kawan dua tahun aku yang aku sayangi, tetapi semakin jauh dari pandangan aku yang rabun ini. Insan yang tersayang telah berlalu 3 kali melalui 3 sesi. Sesi terakhir dah berlalu 8 bulan lalu. Sesi seterusnya adalah sesi 'born-on-the-silver-plate' atau kata orang Melayu.. "cuci kaki". Tapi kaki mana yang nak dicuci tu belum lah ada lagi. Sebab apa belum ada? Sebab ga punya masa sih mau nyari. Lagi bikin penasaran, mendingan gw santai ginian. Single Not Mingle.
Biar cuci kaki masuk rumah laki yer. Jangan sekali-kali cuci kaki masuk rumah bini. Sangat kekejian lah kalau begitu. Tapi untung nasib makhluk, Sang Penciptanya jualah yang tentukan. Kan?
Pastukan, teringin jugak la nak tukar kereta lain. Syy.. Kang terdengar dek kereta aku tu kan, kecik hati dia. Dah la saiz dia pun kecik. Tapi awas, sebelum tukar kereta lain, mintak tolong Menteri Kewangan Kedua handlekan kewangan aku dulu lah kan. Haha. Bila dah dok kuarters esok, gaji dah kena potong RM330 sebulan. Tapi OK la kan. Rumah tahap apartment, dok bayar RM330 je. Sapa nak sewa, lain cerita. Ingat nak sewakan satu bilik kat Yus la. Yus JPM tu. Dia pun kata set. Maka dah ade la penyewa salah satu bilik aku kan. Yus mana?? Ala.. yang gitu-gitu tu...Bukan Hei Ladies ye... Tapi Laki2. Tapi awas.. dia sudah berpacaran..
Sejak dua menjak ni aku pun dah jauh dari kawan-kawan terbaik aku selama 2 tahun. Aku tau dah konsep frenship is forever AND also seasonal. Kan. Ikut musim la. Memang hujan tu kan sentiasa turun. Tapi kalau kemarau, non ado jugak ujan kan. Kena-kena pulak kat belah-belah Afrika. Hujan seminggu, kemarau 53 minggu. Wakaka. Hadapi sajolah. Skupang tak rugi. Korek telaga, sedut je air bawah tanah. Tak pun, berpindah je la kan ke kawasan Oasis. Hahahawau je.
Selain tu jugak, aku pun dah malas amat sih mau bersosial bagai. Mendingan aja gue utamakan diri gue sendiri ketimbang orang lain. Ye la. Orang lain pun ader ke peduli sama aku. Masa susah, masa sesat, masa tak jumpa jalan, memanglah kita ni dicari sebab nampak 'lampu suluh' ada kat tangan kita. Tapi bila dah jumpa jalan, mak oi, merempit superman bagai. Tinggal la kita lima enam tiang. Anak muda. Biorkan. Esok 'motor' dah 'kondem' pandai-pandai la nak idup. Kalau jumpa 'pomen' lain pun kot kalo 'pomen' tu boleh membaiki.. Dibuatnya menjahanamkan lagi, meraban teben la sendiri. Hujung-hujung pomen yang mula-mula gak dicari. Akhirnya, bagai 'mat rempit' pulang ke pomen la kan.
Terlanjur merepek sekali sekala ni, bolehlah aku merepek tentang kesibukan aku menjadi tentera-tentera Malaysia tak bergaji dalam bergaduh mulut ngan tentera-tentera Indonesia tak bergaji kat topix.com. Best jugak kat sana. Tapi bahasa aku kasar gila la kat sana. Ada aku kesah. Lantak la. Yang penting, aku dah menunjukkan tahap patriotisme yang tinggi terhadap negara aku, berbanding korang, korang dan korang. Cewah. Tapi ada satu fakta yang aku dapat, dan bila aku bagitau kat orang sekeliling aku, dorang tak percaya. Perkembangan ekonomi Indon sangat pantas buat masa ni sedangkan ekonomi kita digugat oleh Krisis 2008-2009. Apa yang komer tak percaya sangat? Tu la, lain kali bukak sikit mata.
Kalau Indon terus kekal macamtu untuk 5 tahun, dan kita kekal terus macamni untuk 5 tahun, KL akan bertukar jadi Jakarta 5 tahun lepas dan Jakarta akan jadi KL 5 tahun akan datang. Kiranya, yang dulu keje bank pakai keter hidup eksen, akan jadi penjual Mee Calong ke, Mee Kari ke.. main tolak-tolak lagi gerainya kat merata-rata KL. Ngeri bukan? Jadi, berusahalah kita untuk memakmurkan ekonomi negara kita dengan menyokong pembelian barang-barang Buatan Malaysia.
Itu je lah. Malas nak panjang-panjang. Bukan korang baca pun. Hahaha. Gudnite.
0 comments:
Post a Comment