Tuesday, November 24, 2009
Lapan tahun idak ler lama maner. Tetapi, lapan tahun boleh menjadikan seorang koma, idup semua dan cergas bermain futsal, lapan tahun boleh membuatkan seorang lelaki lembut menjadi perempuan, lapan tahun boleh menyebabkan sepasang kekasih yang pada mulanya memadu asmara siang malam sebelum kahwin akhirnya berpisah dengan anak masih sekolah rendah.
Ini kali, dipertontonkan koleksi 8 tahun yang mana ianya merupakan 8 gambar yang mula diambil menggunakan DIGITAL CAMERA dan meninggalkan zaman kamera berfilem.
Kamera digital ni dulu mahal yer. Tu, gambar 2002 diambil masa duk Pantai Dalam. Itu jam, kerja di PJ Oldtown. Kamera jenama entah hapa ni harganya RM1K jugak. Gambar macam lahanat. Kan?
Gambar 2003 plak ialah gambar amik di Hotel New Pacific, Kota Bahru, Kelantan masa mula-mula kerja gomen. Itu jam baru lapor diri, terus dorang hantar jadi urusetia bengkel. Hehe. Itu jam jugak la first time aku naik kapeitrobang. Segala doa aku baca nak naik kapeitrobang tu. Maner la tau trompeh ye tak.
Gambar 2004 tu pulak, masa aku dalam flight malam balik KL dari Kuching. Sama jugak, aku jadi urusetia bengkel. Itu jam dah ader la nampak pengisian ke atas muka aku kan. Tak payah panggil Zulfazli, jurumekap diva tuh. Diva ker? Haha.
Gambar 2005 tu pulak gambar kat ofis sebelum tukar nyer ofis tu ke Putrajaya. Situ best. Meja kerja penuh fail, PC kat belakang menghadap KLCC. Tingkat 22 pulak tuh. Huhu. Muka ada penambahbaikan lagi dari segi kuantiti isipadu. Wakaka.
Sementelahan itu pula, (mendaper sementelahan tu, aku pun tatau), gambar 2006 tu dah menyerlahkan lagi keberhasilan penambahan isi muka yang biasa dialami oleh pekerja-pekerja kerajaan menjelang beberapa tahun bekerja dengan kerajaan. Hahaha. Gambar tu diambil di Hard Rock selepas lampu kelab terpasang. Keadaan tergantung di situ.
Bagi gambar 2007, yang itu diambil semasa berdating kali kedua dengan seseorang yang dah takde lagi di dunia aku ni buat masa ni, dan diambil di Avenue K. Cermin mata yang dipakai aku tu memburukkan lagi rupa aku sebab menyerlahkan kebulatankampungpandanan muka aku yang sedia bulat itu. Huaha.
Manakala, gambar 2008 diambil semasa malam merdeka di sebuah kelab terkemuka di KL (terkemuka sebab pernah masuk TV yer..). Masa ni, aku dah reti untuk posing menyengih sebab aku rasa pipi aku telah mencapai isipadu yang mencukupi bagi membentuk satu raut wajah sengihan yang ... boleh la.. nak kata hensem, turki paling hodoh kat istanbul pun lagi hensem dari aku.
Dan gambar 2009 diambil semasa hari jadi Chumie di News KTV Imbi. Awal tahun la pulak ye. Takpe. Asalkan 2009. Pada ketika ini, posing sengih menjadi identiti aku dah. Hahaha.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment