Monday, September 21, 2009
Hari Raya 1430H sebenornya, sama je ngan raya-raya aku sebelum ni. Cuma raya kali ni, aku saja je menempah kekelamkabutan dengan sesuka hati aku je balik Ipoh jam 6.00 pagi Hari Raya Pertama.
Sangat gilebabi tindakan itu sebab bila aku masuk je highway, kenderaan-kenderaan berkuasa tinggi telah memakbapakkan lebuhraya PLUS itu dengan pecutan melebihi 150 km/j dek kerana mengejar tol murah sebelum 7.00 pagi.
Aku meneruskan pemanduan sentimental aku di sebalik panggilan telefon dari adik aku, kawan-kawan aku yang semuanya kehairanan dan kesedihan bila aku tak muncul pada malam raya.
Sebenarnya uals, malam tu aku membatukan diri kat rumah kawan aku si Ijan yang gagal pulang ke Sibu. Aku lebih kesian kat dia. Tapi masalahnya, rumah opahnya terletak kat Bota. Puas aku pujuk dia balik, dia enggan. Akhirnya aku menumpangkan adiknya yang seberat 135kg itu dan selewat-lewat orang balik beraya, lewat lagi kami pulang.
Alhamdulillah, aku sampai rumah jam 8.00 pagi, terus mandi dan pergi surau, bayar zakat fitrah, sebelum solat Aidilfitri bermula jam 8.45.
Pagi itu, Ipoh sangat mendung tetapi tidak bererti hujan. Suhu hanya sekitar 25 Celcius sampai tengahari. Amat heaven yer. Amat-amat heaven. Hasil membatu malam tadi kupertambahkan pula dengan mengkayu tanpa henti.
Akhirnya, penantian aku paling crucial pun termakbul. Kedai mamak port lepak aku dibuka menjelang jam 2.00 petang dan ini membolehkan aku melantak nasi bagi menutup rasa muak aku ke atas hidangan-hidangan raya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment