Wednesday, April 29, 2009
H1N1 telah tersebar dibeberapa negara Amerika, Eropah dan Asia. Kementerian Kesihatan semalam telah mengeluarkan 10,000 risalah jawapan kepada persoalan selsema babi, 5,000 nasihat perjalanan dan beberapa ribu borang kuarantin kepada MAB untuk digunakan di KLIA. Jumlah yang diperlukan melebihi 100,000 dan memaksa kakitangan Kementerian Kesihatan di Bahagian tertentu untuk bekerja hingga 12.00 tengah malam.
Amaran ini seolah-olah menunjukkan bahawa babi itu tidak diperlukan dalam industri ternakan. Tidak seperti selsema burung, selsema babi dikaji mampu merebak dengan pantas dan mampu mengulangi malapetaka influenza 1919, 1959 dan 1968 yang membunuh berpuluh-puluh juta orang pada setiap musim.
Kepada kerajaan negeri yang masih berfikir tentang industri penternakan babi sistematik atau tak sistematik, fikirkanlah cara untuk menggantikan industri ternakan babi dengan gantian kepada sumber makanan yang lain.
Apakah wabak selsema babi ini mempercepatkan petanda akhir zaman. Kemusnahan manusia besar-besaran dan datangnya Nabi Isa a.s. yang akan memimpin umat Muhammad dan mentiadakan jizyah, membunuh babi dan menghapuskan salib setelah membunuh Dajjal?
Jika demikian, ketahuilah bahawa selsema babi yang muncul ini merupakan peringkat awal bagi sesuatu yang bakal menghantui tamadun manusia untuk satu masa yang panjang.
Saturday, April 25, 2009
Pastu dalam pukul 9.30, aku mula rasa macam badan aku panas dalaman. Aku pun pesan la housemate aku beli air badak. Kata dia , kalau nak sejuk lagi, beli la air gajah. Bodoh kan dia. Buat lawah yang tidak kelakar.
Dalam pukul 10.30, lepas minum air badak, kepala rasa berat je. Mungkin tenaga atom nuklear aper jer la uranium dalam badan ni sedang berinteraksi. Kita tunggu je la laporan IAEA kan.
Dalam pukul 11.00, lappy terus menyala, internet terus on tetapi aku dah terbongkang tidur.
Sedar-sedar jam dah pukul 6.00 pagi. Apa?? Aku tak pegi clubbing Jumaat malam Sabtu padahal aku kat KL? Ya! Sasah housemate aku akan cakap kiamat makin hampir sebab aku tidor awal malam Sabtu. Mereka memang begitu zalim.
Lepas gi beli nasi lemak dan beli Yeo's Green Tea kotak besar yang aku teguk habis sorang-sorang akibat dahaga yang amat, aku pun rasa segar semula.
Sekali sekala, kalau kita asyik ambik gambar kontol macho dan tayangkan satu dunia, apa kata kita taruh gambar dengan posing huduh. Hahaha. Sempena dengan itu, disiarkan gambar paling huduh pertama yang aku tangkap pagi ni pakai webcam ni. Hahaha. Sesungguhnya aku dah senget skit. Mungkin air badak 2 botol semalam memberi kesan sampingan.
Pagi ni aku rasa berbesar hati la. Sebab seorang sahabat aku yang dah aku kenali 4 tahun lalu, dah rajin kontek ngan aku. Pagi-pagi morning dia dah tepon. Dia tanya, malam ni nak clubbing kat ner. Haha. Bley ke aku ni jadik Kaunter Informasi Nightcrawler. Tak suhsuai kan. Tapi takpe la. So aku suggest dia gi MP.
Tapi dia kata kat MP orang tak banyak menari. Orang semua kontrol macho sambil tengok-tengok orang lain. So aku suruh dia gi esok je la. Gi Maison. Tapi dia kata esok, esok nyer citer. Haha.
Sebenornya, malam ni aku ader tugasan. Housemate aku dulu tu dah nikah. So majlis resepsi kat restoran Thai di Ampang nun aku kena jadi emcee. Tapi kalau nak keluar mencocok langit tu ok sajork. Balas dendam tak keluar malam tadi katanya.
Inilah kawan aku tu. Nama dia Ad. He he he.Motif?
Friday, April 24, 2009
Awas. Anda mungkin akan menerima emel kononnya dari pihak Maybank mengatakan terdapat masalah pada akaun anda dan anda perlu log masuk melalui pautan yang tersedia untuk ke Maybank2u anda. Ini dinamakan phishing.
Perlakuan ini telah berjaya menggelabahkan pengguna M2U yang tidak cool lalu mereka klik pada pautan tersebut dan akibatnya maklumat kata laluan telah diperoleh oleh kaki-kaki menipu internet.
Memula aku tekejut jugak. Masalah katenyer. Macammana la nak berdagang kalau M2U bermasalah. Haip. Bukan dagang badan yer. Tak laku pun. Aku agak hairan jugak la macammana emel yang aku bukak tu ada pemberitahuan pasal M2U aku. Emangnya takda kena mengena emel tu dengan M2U aku.
Bila aku lalu je cursor kat link tu. Kat adress bar bawah tu keluar alamat URL yang mencurigakan. Oh! Inilah phishing yang digembar-gemburkan. Masalahnya ni la baru first time aku dapat menaklah gini.
Jadi diingatkan kepada anda semua, semak link tersebut dan jangan anda terpusu-pusu klik dan login masuk yer kalau bukan link https://www.maybank2u.com.my.
Aku pun leh buat link camtu. Tak caya? Login lah akaun M2U anda di sini : Maybank2u. Hahaha.
Labels: endeavour
Monday, April 13, 2009
Kemudian, pada New Post, klik pada ikon Add Image dan pilih la add gambar dari URL. Paste URL yang telah di copy. Ngerti?
Setelah selesai, klik pada gambar untuk resize gambar tersebut dengan drag dari penjuru.
Ataupun pergi ke Edit HTML.
Edit angka WIDTH dan HEIGHT mengikut kemahuan anda. Untuk tutorial ini, saiz WIDTH yang dipilih ialah 210 manakala HEIGHT 140.
Hasilnya di ruangan COMPOSE kemudian bolehlah anda tambah text yang anda suka hati mak bapak anda font dan saiznya.
Kemudian, klik ke EDIT HTML semula dan copy keseluruhan html language yang terjana.
Langkah seterusnya, seperti biasa, kembali ke LAYOUT. Klik ADD PAGE ELEMENT dan pilih menu ADD HTML / JAVA. Kemudian masukkan html language yang ada copy tadi.
hasilnya, terbentuk imej mengikut saiz yang anda kehendakki dan 'clickable' :
Selamat muncubha.
Labels: endeavour
Friday, April 10, 2009
Tapi Datuk Husni ni sangat bagus. Sebab dia mengingati dengan mudah muka-muka yang walaupun baru dijumpanya beberapa kali. Pernah masa terserempak dengan dia di Treasury, Putrajaya, aku senyum kat dia yang masa tu memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan II. Dia dengan tanpa segan silu menyapa " Miker orang Tambun kan?".
Terkejut la bila dia boleh ingat macam tu. Haha.
Semalam, dia dilantik dalam Kabinet Najib sebagai Menteri Kewangan II. Teman nak ucapkan tahniah la pada dia.
Masa menyampaikan bantuan mangsa ribut di Taman Perpaduan, bulan 10 tahun lepas, dia dalam ucapannya menyebut,
" Saya adalah ahli parlimen paling miskin di dewan rakyat. Saya berhenti jadi pegawai bank dan menumpukan dalam politik. Tetapi saya tak ada apa-apa bisnes. Tuan-tuan boleh tengok rumah saya di Sungai Rokam. Jangan-jangan lebih kecik dari rumah tuan-tuan. Saya datang dari keluarga susah. Dulu saya mandi Sungai Kinta je. Bila tahi lalu, kami adik beradik lari naik ke atas darat. Ramai ahli parlimen di dewan rakyat memandang rendah kepada saya. Tetapi saya dipilih tuan-tuan semua, dan saya berterima kasih."
Begitulah sikap Datuk Husni yang aku suka. Kadang-kadang, wakil rakyat tempat kita sendiri yang menentukan siapa yang akan kita sokong. Kalau calonnya muka macam penyamun ( Sori orang Bukit Gantang..) dah tentu kalah.
Semoga Datuk Husni yang murah dengan senyuman ni akan bekerja dengan bersih, cekap dan amanah dan TOLONG kekalkan status "ahli parlimen paling miskin" yang disebut tempoh hari.
Tuesday, April 7, 2009
ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta
ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta
kekuatan hati yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta
ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta
ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta
ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta
Labels: songwords
Monday, April 6, 2009
I'm not a big fan of politic here in this blog... ( yeah.. in this blog ).. but by referring below, that is what I call a misfit culture of governing.
Sounds like "I mau sikit wang.. untuk 'Kongres Orang Asli' yang dirancang '1 Mac 09'".
And .. "Bagi pada Ling Lik Hock. Orang Asli takde akaun. ( next JHEOA director kot Ah Lik ni..)
And this sounds like "OK! Lulus, bagi sama Ah Lik. Oi Pengarah UPEN, cari mana yang patut! " and the UPEN director rolling eyes.
And finally " OK, Ngeh, saya tak suka minit pakai bahasa rasmi. Ini government is ours. We are the rakyat! Not the voters!! "
Thursday, April 2, 2009
Malingsia ni adalah panggilan segelintir rakyat Indonesia ke atas Malaysia. Kononnya Malaysia mencuri banyak benda dari mereka sedangkan mereka sendiri telah dirampok Belanda beratus-ratus tahun semahunya tanpa ada belas kasihan.
Mujur British merampok Malaya dengan bertimbang rasa. Ramai yang dirampok Belanda di tanah Sumatera dan Jawa, lari ke kawasan rampokan British di Semenanjung dan bisa hidup senang.
Hakikatnya, Melayu di Malaysia walaupun sub-culture nya datang dari Sumatera, Kalimantan, Jawa dan Sulawesi, masih beranggapan bahawa negara Malaysia adalah sebahagian Nusantara. Tetapi Indonesia sendiri memasukkan sebuah kawasan milik bangsa Papua sebagai sebahagian negaranya.
SIAPA YANG MALING?
Semasa konfrontasi 1963, ramai Tentera Negara Indonesia yang dihantar untuk menyerang Malaysia tetapi ditinggalkan begitu sahaja oleh pemerintah Indonesia. Oleh kerana faktor serumpun, ada antara mereka diterima menjadi peneroka tanah di Selangor dan JOhor dan akhirnya berbangga menjadi warganegara Malaysia. Sebab apa? Sebab mereka dikhianati negara mereka sendiri.
Sekarang, tidak perlu ada lagi sebab kenapa segelintir kecil siswa dan siswi yang menganggur di tanah Jawa, yang tidak ada kerja lebih baik untuk dibuat, menjadi aktivis anti-Malaysia dengan sukarela.
Memalukan kerana ia menunjukkan peradaban yang tidak langsung terfokus kepada bangsa Jawa kerana di Banda Aceh, Medan, Padang, Palembang, Pontianak, mahupun Makasar dan Denpasar, orang Malaysia diterima baik sebagai saudara serumpun.
Sikap itu yang membuatkan mereka tergambar seperti segelintir lanun dalam kerajaan Majapahit yang tidak pernah sesuai untuk hidup dalam dunia diplomasi dan tolerasi.
Wednesday, April 1, 2009
Labels: humor