Saturday, April 25, 2009

Selamat hari Sabtu. Hehe. Malam tadi aku janji ngan Achik nak gi LQ. Tapi badan aku rasa panas sangat. Masa balik kerja tu aku ingat memang cuaca panas kot. Terus aku usung lappy turun lepak kat hall pasang kipas lelaju. Bilik aku rasa macam ketuhar pulak.

Pastu dalam pukul 9.30, aku mula rasa macam badan aku panas dalaman. Aku pun pesan la housemate aku beli air badak. Kata dia , kalau nak sejuk lagi, beli la air gajah. Bodoh kan dia. Buat lawah yang tidak kelakar.

Dalam pukul 10.30, lepas minum air badak, kepala rasa berat je. Mungkin tenaga atom nuklear aper jer la uranium dalam badan ni sedang berinteraksi. Kita tunggu je la laporan IAEA kan.

Dalam pukul 11.00, lappy terus menyala, internet terus on tetapi aku dah terbongkang tidur.

Sedar-sedar jam dah pukul 6.00 pagi. Apa?? Aku tak pegi clubbing Jumaat malam Sabtu padahal aku kat KL? Ya! Sasah housemate aku akan cakap kiamat makin hampir sebab aku tidor awal malam Sabtu. Mereka memang begitu zalim.

Lepas gi beli nasi lemak dan beli Yeo's Green Tea kotak besar yang aku teguk habis sorang-sorang akibat dahaga yang amat, aku pun rasa segar semula.

Sekali sekala, kalau kita asyik ambik gambar kontol macho dan tayangkan satu dunia, apa kata kita taruh gambar dengan posing huduh. Hahaha. Sempena dengan itu, disiarkan gambar paling huduh pertama yang aku tangkap pagi ni pakai webcam ni. Hahaha. Sesungguhnya aku dah senget skit. Mungkin air badak 2 botol semalam memberi kesan sampingan.

Pagi ni aku rasa berbesar hati la. Sebab seorang sahabat aku yang dah aku kenali 4 tahun lalu, dah rajin kontek ngan aku. Pagi-pagi morning dia dah tepon. Dia tanya, malam ni nak clubbing kat ner. Haha. Bley ke aku ni jadik Kaunter Informasi Nightcrawler. Tak suhsuai kan. Tapi takpe la. So aku suggest dia gi MP.

Tapi dia kata kat MP orang tak banyak menari. Orang semua kontrol macho sambil tengok-tengok orang lain. So aku suruh dia gi esok je la. Gi Maison. Tapi dia kata esok, esok nyer citer. Haha.

Sebenornya, malam ni aku ader tugasan. Housemate aku dulu tu dah nikah. So majlis resepsi kat restoran Thai di Ampang nun aku kena jadi emcee. Tapi kalau nak keluar mencocok langit tu ok sajork. Balas dendam tak keluar malam tadi katanya.

Inilah kawan aku tu. Nama dia Ad. He he he.Motif?

2 comments:

dariusmikha said...

tq.. untuk komen anda..
rindu juga kat blog lama tu...
dari blog tu le saya tahu apa itu LQ.., QUEEN LAKE.. ETC.. sebab tak pernah pi tempat tu semua... dari blog paktam je le, saya ikuti perkembangan nye... TQ lagi skali

izzu said...

wah, skrg pun, paktam suka letak gambar2 pose muka je ke ? heheheh

comel gak si ad tu :P

hehehe, lamanya tak g lq

 

blogger templates | Make Money Online