Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Thursday, July 30, 2009

Pagi semalam, aku sampai ofis pukul 8.30 pagi. Aku tidur kat rumah Fiza di Presint 14. Bini dia takde, ade kursus kat Langkawi. Bibik dia ngan baby girl dia pun takde. Oleh kerana Arbai'n sorang ni bujang kembali, maka tak ader la makan-makan yang available.

So, aku masuk ofis dalam keadaan kebulur la Sebab sejak habis gym 3 jam kelmarin, aku tak makan apa-apa langsung. Lalu, aku pun berjalan la pergi blok E14, mencari makan.

Wau. Nasik lemak. Lama tak makan nasik lemak akak gemuk tu. Aku pun dengan lahapnya bungkuskan nasi lemak dengan ayam goreng. Selera bukan main. Sambalnya kekeringan sikit. Macam... ah.. bedal saja..

Jam menunjukkan 2 petang. Perut aku berkeriuk. Aku berlari ke tandas. Bfffffffffffcchh!! U know what la kan. Muka pun dah pucat. Ape hal ni!!

Jam 3 petang. Sekali lagi. Bffffffffcchh!! Chh! Chhh!! Adeh.. Perut aku mula menunjukkan tanda-tanda abnormaliti. Kekejangan akibat gym semalam dinazakkan dengan konflik dalaman yang berlaku.

Jam 4 petang. Bffffcchh!! Crrcchh!! Pcchh!! Chh! Chh!! Aduiiii!! Muka aku dah pucat. Ofismate aku tanya kenapa boleh jadi camni. Aku pun cerita la benda apa yang aku makan hari ni.

" La.. hang pegi kedai tu..? Isnin dia tutup. Selasa pun dia tutup!" kata seorang kawan aku ni. Huh! Maknanya sambal yang gelap, pekat dan kekeringan tu dah tentu la sambal hari Jumaat!!! Arghh!! !@#$%^&*&^%$# !!

Jam 6 petang. Aku tak tahan lagi lepas memerut cair-cairan untuk kali ke 4 petang ni. Aku pun tidur. Aku tak sedar dah ofismate aku semua balik. Sampai si Fiza call kata dia dah sampai kat ofis, nak ambik aku bawak balik Presint 14. Tapi.. perut aku... aku terus ke tandas...

Aku ingat, sengsara aku dah habih dah. Masa tengok MU lawan Boca je, 3 kali perut aku flush cairan-cairan kat tandas rumah Fiza. Aduh!

Last sekali, dalam rekod aku, pukul 5.19 pagi tadi. Jumlah keseluruhan : 9 kali. Kadar kehilangan air dalam badan : 3 liter.. kot.. Aduii..

Tak mau dah aku makan nasik lemak akak gemok tu lagi. Perut aku dah cramp dah. Tapi I look slimmer.. The upper part of my abs kan.. dah nampak dah ketul-ketul pack nye.. Wau.. There must be rahmat disebalik kejadian.. Hahahahahawau!

Wednesday, June 24, 2009

Di satu pagi, sehari selepas hari jadi.

Tempat : Klinik Kesihatan Ampang
Masa : 7.45 pagi

Nombor aku menyala di bilik 11. Nombor 13. Menakutkan. Punca aku berada di sini ialah sebab malam tadi aku rasa macam lumpuh dari perut sampai kaki. Eh.. takde la lumpuh. Melampau ayat tu. Kebas-kebas je.

Doktor : Yer, sakit apa?

Aku : Badan sakit. Kepala sakit. Malam tadi, kebas dari sini sampai kaki.

Doktor : Lagi.. (sambil menyarung plastik ke termometer)

Aku : Harini otot betis, bahu, leher dan peha macam lesu sangat.

Plup.. mulut aku disumbat termometer. Doktor tersebut kemudian bersembang dengan pembantunya. Selepas termometer tersebut berbunyi teet ..( Waa.. elektronik skang yer..klinik kerajaan memang advance!).. doktor perempuan yang muda dari aku tu pun memeriksa bacaan.

Doktor : Demam baru nak datang ni. Selsema tak ada ye?

Aku : Tak kot. Saya dah inject anti-flu.

Doktor : Untuk berapa lama tu?

Aku : Untuk 2 tahun. Cucuk kat ibupejabat KKM.

Doktor : Kenapa sampai ke sana?

Aku : Dah saya kerja kat sana. Kat HECC.

Doktor : What? Awak ada ke KLIA?

Aku : Ada lah jugak. Tapi takkan la....

Doktor : Ye la.. bukan contact dengan pesakit kan?

Aku : Taak.. Takde..

Doktor : Rehat kat rumah OK. Saya bagi MC.

Aku : Baekk.

Maka aku pun terus balik sambil menghantar SMS kat rakan sekerja yang ini hari aku MC, lalu aku tidor. Sebaik je aku bangun tidor, menderu-deru SMS masuk termasuk miss call dari boss aku. Paling tak best ialah, beberapa SMS yang memberitahu yang SMS-SMS yang aku hantar kat doirang tadi is not delivered. Memang hawau la Maxis ni. Suka kasi aku kena marah. Damn.

Wednesday, April 29, 2009

Dunia sedang digemparkan dengan virus selsema H1N1 yang dipanggil selsema babi. Ini adalah petunjuk awal kepada manusia yang gemar berbalah bahawa ada perkara yang akan datang dan menunjukkan bahawa manusia itu makhluk yang lemah.

H1N1 telah tersebar dibeberapa negara Amerika, Eropah dan Asia. Kementerian Kesihatan semalam telah mengeluarkan 10,000 risalah jawapan kepada persoalan selsema babi, 5,000 nasihat perjalanan dan beberapa ribu borang kuarantin kepada MAB untuk digunakan di KLIA. Jumlah yang diperlukan melebihi 100,000 dan memaksa kakitangan Kementerian Kesihatan di Bahagian tertentu untuk bekerja hingga 12.00 tengah malam.

Amaran ini seolah-olah menunjukkan bahawa babi itu tidak diperlukan dalam industri ternakan. Tidak seperti selsema burung, selsema babi dikaji mampu merebak dengan pantas dan mampu mengulangi malapetaka influenza 1919, 1959 dan 1968 yang membunuh berpuluh-puluh juta orang pada setiap musim.

Kepada kerajaan negeri yang masih berfikir tentang industri penternakan babi sistematik atau tak sistematik, fikirkanlah cara untuk menggantikan industri ternakan babi dengan gantian kepada sumber makanan yang lain.

Apakah wabak selsema babi ini mempercepatkan petanda akhir zaman. Kemusnahan manusia besar-besaran dan datangnya Nabi Isa a.s. yang akan memimpin umat Muhammad dan mentiadakan jizyah, membunuh babi dan menghapuskan salib setelah membunuh Dajjal?

Jika demikian, ketahuilah bahawa selsema babi yang muncul ini merupakan peringkat awal bagi sesuatu yang bakal menghantui tamadun manusia untuk satu masa yang panjang.

 

blogger templates | Make Money Online