Friday, April 24, 2009


Awas. Anda mungkin akan menerima emel kononnya dari pihak Maybank mengatakan terdapat masalah pada akaun anda dan anda perlu log masuk melalui pautan yang tersedia untuk ke Maybank2u anda. Ini dinamakan phishing.

Perlakuan ini telah berjaya menggelabahkan pengguna M2U yang tidak cool lalu mereka klik pada pautan tersebut dan akibatnya maklumat kata laluan telah diperoleh oleh kaki-kaki menipu internet.

Memula aku tekejut jugak. Masalah katenyer. Macammana la nak berdagang kalau M2U bermasalah. Haip. Bukan dagang badan yer. Tak laku pun. Aku agak hairan jugak la macammana emel yang aku bukak tu ada pemberitahuan pasal M2U aku. Emangnya takda kena mengena emel tu dengan M2U aku.

Bila aku lalu je cursor kat link tu. Kat adress bar bawah tu keluar alamat URL yang mencurigakan. Oh! Inilah phishing yang digembar-gemburkan. Masalahnya ni la baru first time aku dapat menaklah gini.

Jadi diingatkan kepada anda semua, semak link tersebut dan jangan anda terpusu-pusu klik dan login masuk yer kalau bukan link https://www.maybank2u.com.my.

Aku pun leh buat link camtu. Tak caya? Login lah akaun M2U anda di sini : Maybank2u. Hahaha.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online