Thursday, April 2, 2009

Kadang terpikir untuk buat bodoh je. Tapi kadang tepikir juga nak beri pendapat. Tapi kadang rasa macam pendapat yang nak diberi tu, tak membawa apa-apa kesan pada otak yang bodoh-bodoh.

Malingsia ni adalah panggilan segelintir rakyat Indonesia ke atas Malaysia. Kononnya Malaysia mencuri banyak benda dari mereka sedangkan mereka sendiri telah dirampok Belanda beratus-ratus tahun semahunya tanpa ada belas kasihan.

Mujur British merampok Malaya dengan bertimbang rasa. Ramai yang dirampok Belanda di tanah Sumatera dan Jawa, lari ke kawasan rampokan British di Semenanjung dan bisa hidup senang.

Hakikatnya, Melayu di Malaysia walaupun sub-culture nya datang dari Sumatera, Kalimantan, Jawa dan Sulawesi, masih beranggapan bahawa negara Malaysia adalah sebahagian Nusantara. Tetapi Indonesia sendiri memasukkan sebuah kawasan milik bangsa Papua sebagai sebahagian negaranya.

SIAPA YANG MALING?

Semasa konfrontasi 1963, ramai Tentera Negara Indonesia yang dihantar untuk menyerang Malaysia tetapi ditinggalkan begitu sahaja oleh pemerintah Indonesia. Oleh kerana faktor serumpun, ada antara mereka diterima menjadi peneroka tanah di Selangor dan JOhor dan akhirnya berbangga menjadi warganegara Malaysia. Sebab apa? Sebab mereka dikhianati negara mereka sendiri.

Sekarang, tidak perlu ada lagi sebab kenapa segelintir kecil siswa dan siswi yang menganggur di tanah Jawa, yang tidak ada kerja lebih baik untuk dibuat, menjadi aktivis anti-Malaysia dengan sukarela.

Memalukan kerana ia menunjukkan peradaban yang tidak langsung terfokus kepada bangsa Jawa kerana di Banda Aceh, Medan, Padang, Palembang, Pontianak, mahupun Makasar dan Denpasar, orang Malaysia diterima baik sebagai saudara serumpun.

Sikap itu yang membuatkan mereka tergambar seperti segelintir lanun dalam kerajaan Majapahit yang tidak pernah sesuai untuk hidup dalam dunia diplomasi dan tolerasi.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online