Tuesday, March 31, 2009

Sabtu 30 Mei 2009, aku akan berada di Medan. Penerbangan RM90.00 pergi balik Air Asia membolehkan aku mengecop pasport aku kali pertama di Bandara Polonia Medan. Di sana, aku akan berhubung dengan rakan aku di sana bagi memudahkan jalan-jalan dan berfotomoto. Kalau dia bz, aku akan menukar mode kepada 'backpackers' dan akan menginap di zon pelancong asing jiwat wang. Hahaha. Ataupun aku akan berhubung dengan kakak abang ipar aku yang memand asalnya orang Padang, dah menetap di kota Medan. Kota Medan merupakan sebuah bandar yang mempunyai penduduk 2.5 juta orang. Ini sama banyak dengan gabungan penduduk kawasan DBKL dan MPAJ. Peluang RM90 ini membolehkan otak kita menjadi luas kerana berpeluang menilai tatabudaya masyarakat luar pagar negara kita. Terima kasih Air Asia.

*motif iklan free?*

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online