Saturday, August 1, 2009


Permatang Pasir ni kira aku punya kawasan kampung jugak. Mat Amin bapak Win (macam hangpa tau pulak kan) pun orang Permatang Pasir.

Yang penting, Anwar Ibrahim pun orang Kampung Permatang Pasir. Dari nama kampung itulah jadinya DUN Permatang Pasir.

Selepas Ogos 2008 dikecohkan dengan pilihanraya parlimen Permatang Pauh di mana letaknya DUN Permatang Pasir ni, berlaku perebutan baru-baru ni kerusi DUN Kubang Semang yang turut berada di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ialah Anwar Ibrahim.

Tetapi, satu dari DUN daripada 3 DUN di dalam Permatang Pauh, iaitu DUN Seberang Jaya, penyandangnya ialah dari BN.

Ini bermakna kemutlakan Anwar menggagahi persada kerusi parlimen tersebut hanya 66.6%.

Tetapi, Permatang Pasir ni merupakan satu-satunya kerusi PAS kat Pulau Pinang. Dah tentu mereka akan menang dengan undi simpati.

Tetapi, bila ditanya kat orang kampung aku tentang 3 pilihanraya di Parlimen yang sama dalam tempoh tak sampai 2 tahun, ramai mereka menyebut : " CEMUIH "

Cemuih tu bermaksud menyampah tahap bosan. Pada siapakah yang mereka menyampah? Sudah tentu banyak...

Pada polis yang akan memenuhi kawasan... Pada penyokong dari negeri-negeri lain... pada 'peperangan Melayu' yang akan berlaku... pada SPR... dan mungkin... pada ANWAR IBRAHIM sendiri..

Siapa pun tatau..

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online