Friday, October 2, 2009

Kedudukan penempatan manusia di sepanjang pantai barat Sumatera pada masa depan adalah sesuatu yang mustahil untuk dizahirkan dengan teknologi yang ada hari ini.

Ini kerana, pada masa depan, pemanasan suhu global akan menambah beban kapasiti lantai laut untuk menerima tekanan berlebihan kesan pertambahan isipadu air akibat pencairan glasier.

Ini akan membuatkan tekanan mendatar bertambah dan ini membuatkan rabung-rabung tengah lautan yang bersifat mengembangkan plat-plat bumi menjalankan aktivitinya dengan lebih kerap.

Akibat dari ini, kekerapan pembetulan plat tektonik pada pinggir subduction zone berlaku dengan cepat. Pada subduction zone ini, hanya Padang yang masih berdiri sebagai sebuah kota dan lebih merunsingkan, kota di ambang bahaya.

Walaupun impak terperosok (subducted) akibat pengembangan lantai luatan ini meliputi semua jurang-jurang lautan, Padang merupakan petempatan bertamadun paling dekat untuk hentaman sisi menunjukkan kuasanya. Padang hakikatnya berdiri di atas zon penyerap beban Lautan Hindi yang gigantik.


Bukan sahaja pembetulan tektonik gelincir sahaja yang menjadi igauan buruk Sumatera. Zon sesaran ditengah-tengah Sumatera itu belum lagi memperbetulkan kedudukannya sehingga hari ini. Lihat gambar di bawah. Anak panah biru menunjukkan kawasan pembentukan muka bumi bertebing tinggi dan anak panah hijau menunjukkan arah ricihan. Tanpa gempa bumi ricihan tersebut, zon ini masih menyimpan tenaga yang belum dilepaskan.


Sesaran inilah yang membentuk ngarai-ngarai dan tebing-tebing tinggi di Banjaran Barisan.

Hakikatnya, Malaysia perlu juga mengambil langkah peka terhadap ancaman gempa bumi berpusat di Semenanjung. Sehingga kini, belum ada kepastian bahawa di dasar semenanjung, tiada pembetulan mampatan atau ricihan yang menggegarkan pemukaan akan berlaku.

Mungkin, kitaran tenaga terpendam di Semenanjung menjangkau ratusan tahun tetapi, umum mengetahui, tiada rekod mengenai gempa bumi di Malaysia sebaik sahaja rekod-rekod alam sekitar diwujudkan, hingga ke hari ini.

Apa mungkin memang wujud satu tenaga terpendam ratusan tahun sedang menanti titik kegagalan untuk bertahan lalu terganjak. Mungkin di Bukit Tinggi yang kerap digegarkan gempa di bawah 3 pada skala Richter.



Fakta ini menjadi sebab yang jelas bahawa standard pembinaan perlu di perbaharui di Malaysia.

Adakah kita sedar bahawa Padang baru sahaja mengalami pembetulan tektonik dengan gempa sekuat 6.5 pada skala Richter beberapa ketika yang lalu.

Ini menunjukkan trend tidak sihat apabila gempabumi menjadi kerap dan pemampatan akan berlaku dengan aktif. Mungkin saat itu, Semenanjung Malaysia akan turut memasuki zon gempa Lingkaran Api Pasifik.

Seharusnya satu kajian yang jitu perlulah dibangunkan oleh cerdik pandai di rantau ini bagi membolehkan manusia berevolusi dengan alam dan tidak hanya berantakan hanya kerana isu-isu yang remeh.

 

blogger templates | Make Money Online